Mittwoch, Mai 27, 2015

Rahsia pelabur emas yang tenang


Ketika seseorang mula untuk membeli emas, akan terdetik emosi "takut rugi" tatkala harga jatuh selepas membeli emas pertama.
-
Perasaan ini normal, dan sememangnya harga emas akan ada naik turunnya sapanjang tahun, bahkan setiap masa. Di Public Gold, harga berubah setiap 20minit. Di sini >>  Harga emas Public Gold
-
Saya juga tidak terkecuali dari beremosi begitu seawal pembabitan diri dalam 'gold saving'. Namun dengan prinsip dan teknik yang betul melalui bimbingan mentor, hal remeh tersebut dapat di atasi. Dan sekarang, sebagai 'gold saver', yang menyimpan emas sebagai wealth protection, saya tidak kisah harga naik atau turun.
-
Ada lebihan duit, beli emas. Jika emas harga naik, saya suka sebab nilai kekayaan meningkat. Harga turun pun saya suka sebab berkesempatan untuk menambah beli emas pada harga rendah. Mengambil peluang menambah gram emas kata orang.
-
Bagi yang berminat untuk mencebutkan diri dalam 'gold saving & investment'; perkara2 berikut harus diberi perhatian:


1) Gunakan duit simpanan jangkamasa panjang untuk membeli emas. Pastikan simpanan cukup untuk digunakan jika ada kecemasan. Jangan beli emas dengan membuat pinjaman. Jangan sama sekali.

2) Belilah emas dengan 'mindset' untuk simpanan emas (wealth protection). Beerti menukarkan sedikit duit kepada sandaran yang mempunyai nilai sebenar. Jangan mula membeli emas untuk spekulasi. Takut-takut tak menjadi, jiwa kacau.

3) Beli sedikit dahulu. Dapatkan feel dan jadikan belian pertama sebagai 'benchmarkt' harga untuk rujukan kepada pembelian seterusnya. Gunakan dan fahami konsep 'averaging'. Antara faktor seseorang yang berniat nak mentimpan emas tetapi masih tidak membeli adalah kerana menunggu harga rendah. 

4) Tidak perlu kerap pantau harga. Ini boleh mengganggu emosi. Lihat harga ketika hendak membeli atau jual. Atau bagi yang berniaga emas, ketika orang bertanya. Jika kita berkawan dengan 'gold lover' yang lain pastinya kita akan kerap mendapat update mengenai harga emas tanpa kita sendiri yang melihat.
-
Bila dah master dan 'imune' dengan emosi naik turum harga emas, baru lah tenang. Dan pada masa itu, segala urus niaga transaksi emas dengan pelanggang akan menampakkan riak wajah muka happy dan confident.
-
Mulakan kumpul sebagai saving bila dan dpt feel dan bertambah ilmu, berniagalah emas dan secara automatiknya kita akan menjadi pelabur emas.
-
InsyaAllah.


image from google
__________________________________________________________________________

Azali Abu Bakar
PG041775
+60177626258

Keine Kommentare: