Sonntag, Juni 28, 2015

Wang dan Matawang


Wang ialah satu object juga berfungsi sebagai penyimpan nilai sebenar. Itulah hakikatnya yang di katakan wang sabagai ‘sesuatu yang menyimpan nilai sebenar’.
-
Matawang pula ialah medium pertukaran untuk memindahkan sesuatu nilai kepada nilai atau bentuk nilai ( aset ) yang lain. Wang adalah matawang tetapi matawang tidak semestinya wang.
-
Terdapat 3 jenis wang ; wang komoditi, wang fait , wang kredit yang setiap satunya mempunyai fungsi, kekuatan dan liability ekonomi yang berbeza.




Wang komoditi ialah wang yang boleh diterima pakai sebagai medium pertukaran (matawang) dan pada masa yang sama boleh didagangkan. Matawang berasaskan komoditi ini lebih stabil namun harganya masih boleh berubah. Contoh wang komoditi ni ialah Emas , perak dan logam beharga lain.
-
Wang fiat ialah wang yang nilainya ditentukan oleh kerajaan /golongan pemerintah / perundangan tanpa ada apa2 sandaran nilai sebenar. Wang fiat (sebagai contoh note kertas) dijanjikan oleh kerajaan akan nilai beliannya , selagi keadaan Negara /jajahan / ekonominya stabil. Jika kerajaan itu jatuh, jatuh bersama akan wang kertasnya.
-
Wang fiat menyelesaikan masalah wang komoditi dari segi kemudahan simpanan, kemudahan mobility, dan kemudahan pertukaran (cheque , elektronik dll). Namun masih gagal dari segi pengiktirafan nilai dan sah laku sewaktu ketidakstabilan dunia (perang).
-
Dollar Amerika susut 95% dari nilainya sejak 1913. Pada tahun 1933, wang Simpanan persekutuan tidak boleh membuat penebusan terhadap emas dan perak pada $20 per oz seperti yang di janjikan.
-
Pada 1971 , orang luar yang ke Amerika tidak boleh menebus wang kertas pada kadar $35 per oz. Pada tahun 2006, Dollar jatuh kepada $700 se oz.
-
Wang kredit  merupakan janji untuk pembayaran akan datang bagi tujuan membeli barang atau perkhidmatan. Wang mungkin tidak dapat di bayar segera pada waktu tuntutan dan terdapat risiko nilai bayaran menjadi tidak sama denga nilai yang di persetujui pada masa belian. Risiko melalui wang kredit di tanggung oleh pembeli dan penjual.
-
Sekiranya berleluasa, akan terjadi keadaan dimana wang tidak di bayar, maka pengeluar tidak dapat menghasilkan/menjual barangan atau membuat tawaran perkhidmatan. Bermaksud bekalan kurang dan harga akan tinggi. Dalam keadaan yang melampau , akan berlaku kemerosotan ekonomi.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Azali abu bakar
+60177626258
PG041775

Keine Kommentare: