Mittwoch, Mai 27, 2015

Quick win : Menambah pendapatan.

Memulakan perniagaan tak semestinya bermodalkan beribu-ribu, dan untung beribu-ribu ,
Dengan perniagaan, x semestinya memberi hidup senang lenang dengan kadar segera dan yang indah-indah macam kebanyakkan drama.
Perniagaan adalah apa saja process jual beli yang berulang-ulang yang boleh menjana pendapatan tanpa mendiskriminasi besar atau kecil untungnya.
Mudah.

◆Ambil order belikan nasi lemak untuk kengkawan, untung 50sen sebungkus , samada mark-up atau dapat nego murah dengan Makcik Senah, terpulang.

◆Buat sendiri sandwich dan jual, ada profit margin dan dapat untung.

◆Beli barang secondhand, refurbish, jual semula, ada profit margin, dan dapat untung.
Dan apa2 saja aktiviti yang bole memberi surplus dari modal yang dikeluarkan.

Mulakan dengan modal rendah atau zero modal. Tidak semua orang mempunyai modal cash tetapi semua orang ada 'usaha'.

Kalau awal2 permulaan telah meletakkan matlamat utama hendak membeli kereta, beli rumah dengan keuntungan perniagaan, dengan meletakkan harapan untung beribu juta lemon, sememangnya perniagaan tersebut hanya sekadar angan-angan dalam kepala. Kebarangkalain tinggi tidak bermula.
Sebaliknya, bina matlamat yang mudah dulu. Seperti,

"aku nak cover bill internet dan telco"

Lepas itu up lagi

"nk buat bayar duit bulan-bulan kereta pula"

Next

"nak cover susu dan pampers anak"

then

"nak cover bayarkan kereta wife juga" dan seterusnya.

Itu lebih realistik, sesuatu yang dekat dan berkisar dalam kehidupan. Selesaikan ‘masalah’ yang relevant dengan kehidupan kita. Dapat membina keyakinan dan motivasi atas rasa berbaloi, dan rewards dari perniagaan boleh dinikmati pada kadar segera.

Apa kesannya di situ? Duit gaji kita terkumpul dalam bank, semakin hari semakin berkepuk tak terisik atau untung berniaga kecil-kecilan di buat simpanan, sikit-sikit jadi bukit.

Apa yang lebih penting ialah langkah pertama MEMULAKAN PERNIAGAAN telah diambil dan seterusnya akan dipelajari selari dengan perkembangan perniagaan.

Keine Kommentare: