Mittwoch, Mai 06, 2015

Kelebihan dan sebab kenapa harus menyimpan emas


[Emas rizab keluarga]

#emassejakazali


1) Sebagai legasi kekayaan,  emas  ialah satu 'aset' mudah disimpan yang menyimpan nilai sepanjang zaman yang boleh diwarisi kepada anak dan cucu dengan mudah tanpa perlu pengurusan dari segi perundangan. Tanpa disedari orang kita telah lama melakukannya. Nenek memberi rantai dan cincin kepada ibu dan ibu memberikan kepada anaknya. Ada yang memesan "simpan selagi boleh, jangan dijual selagi tak terdesak nak guna duit"
-
2) kekayaan yang mudah alih. Seandainya berlaku apa2 kecemasan  kekayaan dapat dipindahkan kawasan yang lain bersama tuan. Emas bernilai RM150k boleh di dimasukkan ke dalam poket atau beg sandang dengan sekelip mata. Namun wang bernilai RM150k adalah banyak untuk dilarikan ke mana-mana. Pengeluaran dari bank memakan masa di mana memerlukan bermacam-macam procedure untuk pengeluaran wang sebanyak itu sekaligus.
-
3) bertepatan dengan slogan " ultimate wealth protection" , emas merupakan insurance andaikata seduatu kerajaan atau ekonomi sebuah negara itu ranap. Matawang langsung tak laku manakala gold survive dan masih mempunyai nilai di serata dunia.  Emas menjadi "dana memulakan kehidupan baru" . Pada bila2 masa di mana2 jua.
-
4) Satu organisasi "yang berkuasa" dalam dunia ini ; bank-bank pusat, hanya ingin memiliki 1 aset maka aset itu harus menarik perhatian kita . Bank-bank pusat yang mencetak matawang sebagai 'penyimpan nilai' untuk kegunaan rakyat sejagat, namun bank2 ini jugalah yang membeli dan menyimpan emas fizikal bukan tanah, bukan rumah, bukan minyak . Mereka memiliki Emas!! Jika menyimpan emas adalah baik dalam organisasi kewangan negara, maka ianya juga cukup baik untuk saya dan keluarga saya.
-
5) Emas tidak pernah jatuh ke sifar. Nilai sifar untuk emas tidak pernah berlaku dan pakar mengatakan ia tidak akan berlaku. Process untuk mendapatkan 1dinar emas, adalah atas usaha beratus-ratus orang di balik tabir. Malah mejangkau cost ribuan ringgit jika dipertimbangkan keseluruhan operasi ; eksplorasi emas, pengeluaran, 'refinement' dan penghantaran. Walaupon boleh dinilai emas berbanding nilai matawang, yang ada naik turunnya, namun nilai intrinsic emas tetap 'melekat' walau menjadi debu sekalipon.
-
6) Emas adalah unit yang sama walau berasal dari negara berlainan, tidak kira di mana ianya dilombong dan berapa lama ia tersimpan; tiada tarikh luput. 10g di Malaysia sama dengan 10g di London. Berbeza dengan matawang fiat, bila berada di luar sempadan negara asalnya, maka sudah tidak diterima umum. Contoh RM3.50 menjadi 1USD. Ada matawang yang sama sekali sampai 'luput tarikh' nya, dah tak laku.
-
7) Dengan menyimpan emas, harta kita itu bersifat 'peribadi' tiada rekod, tiada yang tahu berapa kita ada. Tiada track akaun dari bank. Emas adalah rekod 'luar buku kewangan'. Tambahan pula dalam era digital, akaun matawang mudah dibekukan, dirampas dan dikesan. Seandainya semua harta disita dan akaun bank dibekukan, dengan adanya reserve emas kita masih boleh survive.


image from google


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Azali abu bakar
+0177626258.
PG041775

Keine Kommentare: