Biasanya nasihat yang kita dengar ialah ‘simpan duit untuk kegunaan
dan kesenangan masa depan‘. Memang benar, simpanlah wang. Tapi bagaimana
untuk gunakan simpanan wang itu dengan cara yang akan memberi kesenangan di masa
hadapan? Juga apa kaitannya wang simpanan dengan emas?
Kaitannya
ialah Emas dibeli dengan mengunakan SEBAHAGIAN dari wang simpanan.
Katakanlah wang simpanan dalam ABC ( popular ni, setiap orang mesti ada)
ada RMxxxx. Selalunya, duit akan disimpan secara tidak berusik dalam
masa setahun dengan harapan untuk mendapat pulangan pada hujung tahun
pada kadar yang banyak, berapa banyak? 10%, 20% ?. Secara
purata pulangan pelaburan berisiko rendah ABC setahun hanya sekitar 7%-8%. Sebab apa sedikit?
kerana bukan kita yang ‘kerja’ kan duit kita itu. Mana mungkin
organisasi yang mengerjakan modal kita, akan beri pulangan yang banyak
kepada 'rakan tidur', walaupon jika keuntungan setahun pada kadar 20%. Pembahagian akan hanya mengikut kadaran tertentu.
Tahukah
yang anda juga boleh menyimpan wang dalam bentuk yang lebih berharga
dengan membeli EMAS FIZIKAL bagi menggantikan wang kertas? Jika wang
kertas disimpan dalam ABC atau akaun simpanan, ianya akan di’beku’kan
dalam bentuk buku pelaburan, akan tetapi jika membeli emas fizikal, anda
telah menjadikan wang kertas anda seketul emas. Yang mana lebih
bernilai? Kelebihan dengan menyimpan dalam bentuk emas fizikal ialah
emas boleh diniagakan dengan apa juga matawang di mana-mana sahaja pada
bila-bila masa mengikut harga pasaran. Jadi terdapat beberapa jenis
keuntungan di sini,
1) Keuntungan berjual-beli emas ( trading mengikut harga pasaran)
2) Keuntungan kenaikan harga (jika disimpan secara static)
3) Gabungankedua-duanya.
Dengan
adanya emas fizikal dalam simpanan anda, risiko kerugian adalah sangat
minimal . selagi emas tidak dijualkan pada harga lebih rendah dari harga belian, masih belum rugi. Jika disimpan selama mana sekalipun, 100g emas tetap 100g emas kecuali emas itu adalah palsu atau emas itu hilang. Dan yang
lebih penting lagi kita akan lebih cenderung mempelajari ilmu cara
memanfaatkan jual beli emas yang boleh menguntungkan. Dengan kata lain,
Physical Gold Trading. Paling tidak , kita akan belajar menguruskan kewangan dengan betul.
Namun, bukan semua duit perlu dijadikan emas. Hanya duit dalam simpanan jangka masa panjang sahaja yang sesuai untuk ditukarkan kepada emas. Kesimpulannya, nikmat duit ialah apabila ia di guna-gunakan dan nikmat Emas dapat dirasakan apabila disimpan-simpankan. Oleh itu, kenapa tidak untuk membeli Emas? Pasti terasa 2 kenikmatan di situ.
Keine Kommentare:
Kommentar veröffentlichen