Sonntag, April 26, 2015

Menjana keuntungan dengan emas


Sebelum kita menjana keuntungan dari Emas, harus diinginat bahawa

■ Emas merupakan pelaburan jangka masa panjang. Dan akan dapat di lihat hasil nya dalam masa setahun sehingga 5 tahun.

■ Konsep emas ialah mulakan sekarang. Beli sekarang dan tunggu. Bukan tunggu masa sesuai atau harga rendah untuk bermula. Nescaya kita tidak akan bermula langsung.

■ Harga pasaran emas ada naik dan turunnya, namun ianya menaik dalam jangka masa panjang.

■ Pelaburan emas tidak menjamin pendapatan wang secara tetap setiap bulan mahupun tahunan. Jika tefikir untuk mendapat pulangan setiap bulan apa yang mesti dibuat ialah berniaga emas. Melabur sambil berniaga emas amatlah lumayan.

■ Kejayaan pelaburan emas adalah tidak same sekali kerana skim2 atau janji2 manis pulangan tetap wang ringgit. Tetapi atas ILMU dan PENGETAHUAN berkenaan Emas, bagaimana & dari mana untuk membeli emas dan perancangan kewangan peribadi.


Saya berminat. Apa yang perlu dilakukan?

■ Mulakan sekarang : Do it Now

■ Beli secara konsisten : Biarpun sedikit-sedikit, jangan terlalu risau akan tinggi rendah harga emas, akan berlaku ‘averaging effect’ di situ. Harga pasaran dunia tidak akan dapat diramal secara pasti, namun apa yang pasti ialah gram emas bertambah jika dibeli secara konsisten.

■ Tambah stok gram emas di kala harga rendah (sekarang).

■ Penting sekali ialah tambah ilmu dan banyak membaca mengenai emas dan financial.

■ Carilah juga mentor dan otai-otai yang telah lama berkecimpung dalam arena pelaburan Emas, berguru dengan mereka. 


*image from google

 
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Azali Abu Bakar
PG 041775
+0177626258
azaliabubakar@yahoo.com

FB: Azali A Bakar
#emassejakazali
 

 
 

Gold Accumulation Program [GAP]

Umum telah mengetahui akan maanfaat emas dan ingin menyimpan emas fizikal. Namun masih ragu-ragu untuk menyimpan sendiri, takut2 hilang atau atas faktor keselamatan. Hendak disimpan di bank atau di safe deposit adalah satu perkara yang renyah dan memakan belanja pada pertimbangan sesetengah orang. Banyak bank-bank yang menawarkan program penyimpanan emas melaui akaun tetapi ada antaranya tidak patuh syariah.
 
Bagi mengatasi masalah ini, Public Gold [PG], yang merupakan syarikat emas fizikal pertama di malaysia, telah melancarkan program Gold Accumulation Program [GAP] sebagai cara alternativ kepada orang ramai untuk mengumpul emas fizikal. orang ramai boleh membeli emas serendah 1gram melalui GAP dan simpanan secara percuma oleh PG sehingga anda membuat pengeluaran emas fizikal tersebut. GAP ini adalah 100% di’back up‘ oleh emas fizikal. Pengeluaran emas fizikal boleh dilakukan pada bila-bila masa (kecuali pada hari pejabat cawangan ditutup) di mana-mana cawangan Public Gold seluruh negara.

 



 
Antara kemudahan GAP Public Gold :

[1]  Masa urusniaga beliaan GAP secara online 24/7, 365 hari setahun. Boleh beli dan jual secara online, day and night.

[2] Belian bar emas ketulenan 99.99 serendah 1g dan juga tiada had belian pada gandaan 1g. Budjet belian 1g serendah RM150-RM200 (mengikut harga semasa dunia)

[4] Selagi emas fizikal tidak di keluarkan, emas akan berada dalam simpanan Public Gold secara PERCUMA (selesai masalah dilemma simpanan). Simpanan ini tiada had masa dan tiada limit maximum kuantiti gram emas.

[5] Emas fizikal boleh di keluarkan pada bila2 masa di semua cawangan Public Gold seluruh Malaysia. Boleh di keluarkan semua atau sebahagian dari simpanan emas yang ada.

[6] Walaubagaimanapun, untuk memastikan akaun GAP kita masih aktif, hendaklah ditinggalkan baki sekurang-kurangnya 1gram . sekiranya dikeluarkan semua, akaun dianggap tidak aktif dan caj RM50 di kenakan sebagai yuran pengaktifan sekiranya ingin akaun kembali aktif.

[7] Caj ‚Gold premium‘ sebanyak RM5 [bagi 1 gram fizikal] hanya akan di kenakan sekiranya emas fizikal itu di keluarkan dari GAP, berdasarkan kombinasi item Emas yang dikeluarkan.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Azali Abu Bakar
PG 041775
+0177626258
azaliabubakar@yahoo.com

FB: Azali A Bakar
#emassejakazali

 

Samstag, April 25, 2015

Membeli Emas via GAP

Ingin memulakan simpanan Emas melalui GAP? Ikuti Caranya  di sini.

#1:Semak harga semasa GAP

Rujuk harga semasa di sini Harga Public Gold . Harga emas 1gram GAP akan di kemaskini sekali setiap hari pada jam 12:00 tengah Malam.

 

 #2: Membuat bayaran ke akaun Public Gold.
 
Bayaran di buat mengikut gandaan jisim belian i.e 1g atau 2gram (dan seterusnya). Harga 1gram adalah berdasarkan paparan semasa pada hari belian tersebut. 

Contoh : Harga hari ini RM149  utnuk 1g. Kalau beli 2g bayaran = RM298. Bank-in ke akaun berikut atas nama "PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD" : 


**di sarankan supaya membeli emas dalam gandaan 1g dan bukan emas dalam nilai harga RM100 kerana di khuatiri tidak patuh syariah.
 
#3: Buat pengesahan bayaran kepada Public Gold
 
Emailkan receipt bayaran ke Public Gold via email bi bawah. Sekiranya anda ingin meletakkan saya [Mohd Azali Bin Abu Bakar - PG041775] sebagai intorducer, cc kan juga email pengesaan itu kepada saya di alamat azaliabubakar@yahoo.com supaya saya tahu yang anda meletakan saya sebagai introducer dan mudah bagi saya untuk membantu sekiranya ada perkara yang perlu di follow up dengan Ofis Public Gold nanti.



Setelah email dihantar, seperkara lagi yang harus di buat ialah menghantar SMS ke nombor GAP PG +017 486 6916 .  Ini adalah untuk mendapat respond dari pihak Public Gold. Format nya adalah seperti berikut:



Berikut adalah maklumat saya sebagai introducer :
nama : Mohd Azali Bin Abu Bakar , A/C code: PG041775 no tel : 0177626258

Setelah itu anda akan menerima pengesahan SMS berkaitan pembelian


#4: Simpan GAP statement baik-baik untuk rujukan masa depan.



--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Azali Abu Bakar
PG 041775
+0177626258
azaliabubakar@yahoo.com

FB: Azali A Bakar
#emassejakazali

Sonntag, April 12, 2015

Sentiasa merebut peluang menabung

Sana-sini melaporkan mengenai kemerosotan matawang, membuatkan saya teringat sewaktu zaman belajar di Germany bertahun-tahun dahulu.
-
Sewaktu itu pertukaran wang matawang adalah satu perkara yang diambil berat selain dari peperiksaan oleh kebanyakkannya penuntut diluar negara.
-
Setiap kali pulang bercuti pasti ingin menukar matawang dengan kadar tertinggi untuk mendapat lebih tunai RM. Sememangnya tidaklah memberi banyak perbezaan terhadap satu unit, tetapi untukk pertukaran yang besar amountnya boleh membawa kepada ratusan ringgit bezanya.
-
Kaedah konvensional yang selalu diguna pakai ialah melalui TT dan juga tukaran tunai di money changer. Namun, kerana jika jarang balik bercuti ke Malaysia, untuk menambah pelaburan dan simpanan, saya memilih TT.





Namun kadar tukaran ringgit yang tinggi saya dapat lakukan melalui perniagaan. Sesekali pulang ke Malaysia saya akan beli barangan untuk dijual kepada kawan2 dan sedara mara.
-
Dengan berbuat begitu secara kerap, dapatlah mengumpul dana simpanan bagi digunakan ketika pulang nanti. Sewaktu process memulakan kehidupan alam pekerjaan.
-
Menurut sifu, menjana kekayaan adalah, 30% pelaburan dan 70% perniagaan.
-
Gunakan peluang tukaran matawang asing.
-
Jadi bermulalah menyimpan wang seawal mungkin dengan mengambil peluang yang ada dan jangan tunggu "nanti dapat kerja... baru la bole menyimpan" dan jika mahu melabur, melabur untuk dapatkan ilmu adalah nombor 1 supaya tidak mudah tertipu.





Terutama kepada mereka yang masih muda.
-----------------------------------------------------------
Hidup sebelum mati
Muda sebelum tua
Sihat sebelum sakit
Lapang sebelum sibuk
Kaya sebelum miskin

Simpan Wang atau Emas?

Biasanya nasihat yang kita dengar ialah ‘simpan duit untuk kegunaan dan kesenangan masa depan‘. Memang benar, simpanlah wang. Tapi bagaimana untuk gunakan simpanan wang itu dengan cara yang akan memberi kesenangan di masa hadapan? Juga apa kaitannya wang simpanan dengan emas? 




Kaitannya ialah Emas dibeli dengan mengunakan SEBAHAGIAN dari wang simpanan. Katakanlah wang simpanan dalam ABC ( popular ni, setiap orang mesti ada) ada RMxxxx. Selalunya, duit akan disimpan secara tidak berusik dalam masa setahun dengan harapan untuk mendapat pulangan pada hujung tahun pada kadar yang banyak, berapa banyak? 10%, 20% ?. Secara purata pulangan pelaburan berisiko rendah ABC setahun hanya sekitar 7%-8%. Sebab apa sedikit? kerana bukan kita yang ‘kerja’ kan duit kita itu. Mana mungkin organisasi yang mengerjakan modal kita, akan beri pulangan yang banyak kepada 'rakan tidur', walaupon jika keuntungan setahun pada kadar 20%. Pembahagian akan hanya mengikut kadaran tertentu.

Tahukah yang anda juga boleh menyimpan wang dalam bentuk yang lebih berharga dengan membeli EMAS FIZIKAL bagi menggantikan wang kertas? Jika wang kertas disimpan dalam ABC atau akaun simpanan, ianya akan di’beku’kan dalam bentuk buku pelaburan, akan tetapi jika membeli emas fizikal, anda telah menjadikan wang kertas anda seketul emas. Yang mana lebih bernilai?  Kelebihan dengan menyimpan dalam bentuk emas fizikal ialah emas boleh diniagakan dengan apa juga matawang di mana-mana sahaja pada bila-bila masa mengikut harga pasaran. Jadi terdapat beberapa jenis keuntungan di sini,

1) Keuntungan berjual-beli emas ( trading mengikut harga pasaran)
2) Keuntungan kenaikan harga (jika disimpan secara static)
3) Gabungankedua-duanya.

Dengan adanya emas fizikal dalam simpanan anda, risiko kerugian adalah sangat minimal . selagi emas tidak dijualkan pada harga lebih rendah dari harga belian, masih belum rugi. Jika disimpan selama mana sekalipun, 100g emas tetap 100g emas kecuali emas itu adalah palsu atau emas itu hilang. Dan yang lebih penting lagi kita akan lebih cenderung mempelajari ilmu cara memanfaatkan jual beli emas yang boleh menguntungkan. Dengan kata lain, Physical Gold Trading. Paling tidak , kita akan belajar menguruskan kewangan dengan betul.


Namun, bukan semua duit perlu dijadikan emas. Hanya duit dalam simpanan jangka masa panjang sahaja yang sesuai untuk ditukarkan kepada emas. Kesimpulannya, nikmat duit ialah apabila ia di guna-gunakan dan nikmat Emas dapat dirasakan apabila disimpan-simpankan. Oleh itu, kenapa tidak untuk membeli Emas? Pasti terasa 2 kenikmatan di situ.