Dienstag, November 26, 2013

Tropicana Metropark Subang Jaya

-->

Entry yang agak lewat berdanding dengan kejadian :p. Pada hari ahad 17/11/13 lepas, aku berpeluang pergi melihat preview project dari Tropicana : Metropark Subang Jaya. Pelancaran baru kali ini adalah Paloma service residence yang merupakan sebahagian dari keseluruhan master plan development. Sebelum ini Tropicana telah pon melancarkan Pandora.
Semua pon sedia maklum, kalau apa-apa under label Tropicana, memang exclusive dan pada harga premium. Aku tahu aku tak mampu pon, tapi menjadi hobi aku untuk pergi meninjau2 – ninjau dan amik tahu. Plus ada talk from brader Faizul Ridzuan. Free talk pasal property. aku memang suka pi mendengar ilmu2 free nih. 
Aku dok belakang sebab ada pantry dan bar table bole lepak mendengar sesambil minum free flow orange dan nescafe.
Tropicana Metropark ni merupakan mix development yang dibangunkan secara berperingkat2 .Perancangan merangkumi residential, commercial, office, education, dan kesihatan.  Sudah menjadi trend sekarang sesebuah developer itu membangunkan ‘township’ dan sekarang ini banyak bagaikan cendawan di sekitar lembah kelang dengan bermacam2 ‘selling point’.
Bila bercerita mengenai project seperti ini, apa yang datang di benak kepala otak ialah ‘’ perghh harga tak masuk akal… memang tak mampu aku… tp masih ada yang membeli … ‘’ Price from ~RM600k. macam tak masuk akal, but they are selling.

Development plan


Residential floor plan
Other development under Tropicana label.



Walaupon aku tak mampu beli, aku tetap suka pi tengok setiap kali ada new launch. Boleh dapat idea bagaimana sesuatu kawasan itu akan atau boleh berkembang pesat dengan adanya 'township' baru. Sudah tentu akan membawa impact kepada kawasan sekitaran.mungkin kita dapat memcari peluang lain pada hartanah lain di sekitar new launch tersebut yang berpotensi tinggi terkena tempias untuk pelaburan. Paling tidak pon kita dapat upgrade pengetahuan kita terhadap pasaran property semasa di tempat- tempat tertentu.


Selain dari itu ada juga buffet makan di sediakan . Apa adahal, Tropica beb!! Harus semua pada tahap premium.


Last but not least, dapat buku free. Walaupon aku dah beli, tp aku amik jugak. Bole bagi hadiah kat sapa2 nanti.



Keine Kommentare: