Sekiranya anda ingin membeli kediaman secara subsale,
terdapat beberapa perkara yang harus diambil perhatian. Artikel kali ini akan memfocuskan
kepada kediaman pangsapuri kos sederhana. Kenapa? Kerana target adalah golongan
berpendapatan sederhana yang biasanya berpendapatan bulanan ~RM3000 dan
memiliki kereta. Berikut adalah beberapa perkara yang berbaloi diberikan
perhatian:
1) Tujuan
anda membeli hartanah tersebut samada untuk persendirian atau tujuan
pelaburan atau kedua-duanya. Untuk setiap tujuan tersebut, terdapat strategi
yang tersendiri.
2) Lokasi
kediaman tersebut. Sebenarnya, lokasi adalah perkara subjektiv bergantung
terhadap individu.Ada yang membeli kerana dekat dengan tempat kerja, ada yang
sukakan kawasan yang tenang dan jauh dari kesesakan, ada juga yang sukakan
tempat yang happening. Jika pembelian untuk diri sendiri, ikutlah citarasa
sendiri.Akan tetapi jika tujuan pelaburan, adalah penting diambil kira jaringan
perhubungan jalan, kemudahan awam, pusat commersial, pengangkutan awam, peluang
pekerjaan dan banyak lagi. Akan tetapi jika anda dapat memilikinya all in one,
adalah lebih baik dan anda tidak perlu risau dan anda bole gunakan untuk setiap
tujuan.
3) Nilai semasa hartanah tersebut.Hendalah
terlebih dahulu membuat survey terhadap harga pasaran dan juga harga kadar sewa
semasa .Sebaiknya cuba dapatkan belian yang di bawah harga pasaran atau semurah
yang boleh. Bandingkan harga
belian tersebut dengan kadar bayaran bulanan dengan kadar sewa semasa. Selalunya
unit basic adalah lebih murah berbanding dengan unit yang telah diubahsuai .
Jadi, ambilah unit basic tersebut dengan syarat anda tidak perlu melalukan
kerja2 baik pulih yang major. Pengubahsuian rumah bole di lakukan kemudian
dengan kadar yang murah atau DIY. Dan bole meningkatkan harga hartanah anda.
4) Umur
kediaman tersebut. Pilihlah yang ‘muda’ (biasanya bawah 5 tahun) kerana dalam
tempoh masa tersebut, pengurusan masih menjaga rapi, kebersihannya pada tahap
yang memuaskan. Lif2 masih beroperasi dengan baik.
5)
Keadaan sosial.
Adakah kawasan tersebut didiami kebanyakkannya oleh keluarga? Atau di
sewakan kepada student? Atau di sewakan kepada warga asing? Sangat penting
untuk anda mengetahuinya. Seandainya anda ingat tinggal bersama keluarga anda
sudah pasti anda tidak mahu berada dalam kelompok warga asing atau student yang
banyak. Akan tetapi jika untuk di sewakan, sudah pasti unit anda tidak akan
terbiar kosong. Juga perlu tahu tentang aktiviti rukun tetangga atau aktiviti
yang mengeratkan hubungan penduduk setempat.
6) Isu keselamatan. Adakah kawasan itu dikawal pengawal keselamatan? jika Ya, itu adalah factor
tambah untuk anda. Isu keselamatan juga ada kaitan dengan penduduk dan keadaan social
seperti yang disebutkan di atas.
7) Kemudahan asas. Adakan kawasan tersebut menyediakan dewan, kedai, taman permainan,
pusat sukan, surau dan sebagainya.
Keine Kommentare:
Kommentar veröffentlichen