Dienstag, März 20, 2012

Sila tinggalkan pesanan selepas nada *beeepp*

''kekadang di saat ini kita merasakan kita kehilangan segala-galanya.Kita jadikannya alasan untuk kita berputus-asa. Tetapi ingatlah semula pada suatu masa dahulu di kala kita mengecap kesenangan dan kebahagiaan. Adakah kita bersyukur? sesungguhnya hidup ini akan ada masa pasang dan surutnya. Walaubagaimana keadaan sekalipun hendaklah kita berada pada landasan yang betul dan janganlah kita berubah haluan hanya kerana sedikit kehilangan yang dirasai.Ujian demi ujian akan menjadikan kita lebih kuat dan bukannya untuk melemahkan manusia. Janganlah kita menjadikan kesenangan itu sebagai alasan untuk kita lalai dan jangan pula jadikan kehilangan itu sebagai alasan untuk kita berputus asa dan menjadi mungkar.'' getus hati.

Keine Kommentare: