Dienstag, Oktober 12, 2010

Dilemma

Aku sakit.
aku tak perlukan doktor.
aku tak perlukan ubat.
aku perlukan comforter yang boleh buatku tidur lena.

Biar mataku buta..tak nampak apa-apa.
Biar telingaku tuli..tak mendengar suara.
Biar mulutku bisu..tak perlu berbicara.

Namun..aku masih sempurna.
Aku masih hidup..masih bernyawa.

Montag, März 08, 2010

Engineering life part 2- Be a working adult

Setelah bertungkus lumus belajar selama 4 tahun di universiti, kini segulung ijazah telah menjadi milik anda.Apakah seterusnya? Ya, mencari kerja. Itulah kitaran biasa kehidupan.Tidak semua graduan bernasib baik dalam mencari kerja idaman dalam masa singkat.Ada yang cepat mendapat kerja dan ada juga yang terpaksa bersabar berbulan-bulan lamanya sebelum dapat memulakan karier.Apabila telah di terima bekerja, apakah perkara2 yang perlu untuk di ambil kira bagi memulakan satu kehidupan baru yang meyakinkan?

1) Tempat tinggal: Anda mungkin tinggal menyewa atau masih bersama keluarga. Kalau menyewa semestinya bayaran sewa rumah menjadi satu issue yang harus diambil kira selain dari lokasi. Untuk ini, tips yang saya ingin saya beri ialah, seboleh-bolehnya biarlah lokasinya berdekatan dengan tempat kerja.Walaupon mungkin bole jadi sewa rumah agak sedikit mahal, tapi amat berbaloi untuk emosi dan masa anda. Anda tidak perlu bangun awal dan terkejar ke tempat kerja yang jauh dari rumah.Tak perlu terperangkap dalam kesesakan lalulintas yang teruk dan yang penting anda tidak membuang masa anda di atas jalan raya yang membosankan untuk jangka waktu yang lama. Anda tidak akan terasa hakikat ini dalam jangka waktu yang singkat akan dalam jangka waktu yang lama anda pasti merasakannya.Routine harian yang sama amat membosankan!!

2) Kenderaan: Amat penting untuk ke tempat kerja. Bagi yang baru bekerja saya sarankan jika anda ingin membeli kereta pertama biarlah berpatutan dengan pendapatan anda.Melainkan anda telah membuat saving sejak waktu belajar dahulu, anda mungkin ingin memikirkan untuk membeli kereta terpakai (2nd-hand) yang pada saya tidaklah seburuk yang diperkatakan. Kebanyakkan berpendapat, kereta 2nd hand cepat rosaklah, takut kena service selalulah. Sebenarnya tidak begitu. Apa yang penting sekarang ini adalah untuk kita mengawal financial kita untuk terus survive di peringkat awal memulakan pekerjaan. Di mana rata2 ramai yang gagal berbuat demikian.Kecuali jika anda memulakan pekerjaan dengan gaji 5k.

3)Insurance/Takaful/medical card: Pada saya perlindungan ini amat penting dan sangat2 perlu dipertimbangkan.Kita akan terdedah kepada bahaya di jalan raya. Selain itu untuk membantu diri kita disaat berlaku masalah kesihatan atau kemalangan mengejut dan kita tidak perlu bimbang mengenai bil-bil rawatan. Rami yang masih ti dak menyedari hakikat ini. Mereka memandang takaful atau insurance ini sebagai 'rugi' jika tidak digunakan. Pada saya insurance atau takaful ini ada sesuatu pembelian yang unik di mana kita tidak mengharapkan langung untuk menggunakannya. Bermakna,kita sentiasa sihat.Bukankah itu lebih baik daripada penatkan kepala memikirkan kerugian akibat kita tidak melakukan claim? Sesungguhenya stakaful itu harus dibeli sewaktu muda di kala sihat. Kita akan nampak faedahnya apabila kita terlibat dalam kemalangan atau apa penyakit kritikal dan masalah kesihatan. Bayangkan anda terlibat dalam kemalangan, kereta anda yang dilindungi insuran dapat dibaiki di bengkel sedangkan anda yang cedera atau parah tidak dapat rawatan segera 'kelas pertama' kerana tidak bole memberi jaminan bayanran bil hospital. Semestinya company tempat anda bekerja ada memberi faedah perubatan kepada pekerjanya, namum hanya pada certain amount. Ada yang besar jumlahnya dan ada yang sedikit.Dengan itu, Jadikan perbelanjaan insuran diri sebagai sebahagian dari perbelanjaan bulanan anda.Sayangi diri anda.Pay yourself.Jadi fikir-fikirkan lah.

4)Financial: Financial di sini bermaksud; 'income vs expenses'. Berapa banyak yang patut kita berbelanja sebulan adalah bergantung kepada aliran wang masuk dan bukan untuk memenuhi kehendak. Kesimpulannnya, kehendak semasa adalah mengikut kemampuan semasa.Jangan overspend. Kebiasaannya, di awal alam pekerjaan, sumber pendapatan utama adalah duit gaji bulanan itu sendiri. Rata2 bermula denga RM 2500 secara puratanya. Apakah pecahan untuk nilai tersebut? Mari kita congak2. Berikut adalah perbelanjaan biasa yang perlu dipertimbangkan bagi yang baru memulakan pekerjaan:

1) kenderaan : RM500
2) Sewa rumah : RM200
3) Petrol : RM 200
4) Bayaran pelajaran: RM100
5) Bagi Parent : RM 200
6) Insuran/takaful/medic card: RM 170
7) Telco+internet : RM 100
8) Foods : RM 250
9) Leisure : RM 150
10)Tol : RM 80
11) Saving : RM 250
12) investment : RM 150
13) baki/MISC/emergency : RM 150

kesemua expenses di atas adalah secara minimum dan bergantung kepada individu dan keadaan.Mungkin ada yang kurang lebih untuk setiap items yang di nyatakan.Idea di sini adalah untuk menunjukkan dengan nilai RM2500 per month, perbelanjaan adalah 'tight' apa akan jadi sekiranya harga kereta lebih mahal , atau sewa rumah melebihi jumlah yang tertera di atas, mungkin juga perbelanjaan petrol bertambah? Jika keadaan ini berlaku, bermakna terdapat perbelanjaan2 lain yang terpaksa dipotong atau dikurangkan dan selalunya saving dan investment lah yang akan menjadi mangsa.

Apa pula keadaannya jika pendapatan bulanan kurang dari RM2500 seperti yang dibincangkan? Semestinya peratusan perbelanjaan terpaksa dikurangkan. Kesimpulannya, kawallah perbelanjaan anda dari awal, jangan banyak buat hutang diawal memulakan pekerjaan, stabilkan kewangan anda dan rancanglah perbelanjaan anda. Berbelanjalah mengikut kemampuan dan bukan mengikut suka hati.

Freitag, Februar 26, 2010

Engineering life part 1

Finally...berjaya jugak aku conclude something terhadap ape yang aku buat dlm 2-3 minggu nih..2-3 minggu yang agak suffer..agak head-cracking..hmm actually tader apa sangat pon..cuma aku je kot yang paranoid..apa2 pon dalam setiap yang sensara tu ada sesuatu yang kita pelajari..ada something yang kita gain...hmm harap problem tu kira solve la..jgn sok ader plak prob lagi..mmpos aku yang di cari...tp tak per..at least aku puas..sbb banyak yang aku telah usahakan untuk conclusion tuh....ha ah ..aku cakap pasal kerja aku ler....'Durability and Realibility'..thanks jugak untuk mmber2 yang support...

2-3 minggu yang penuh dengan ke tensenan..biasa la..da nature of work berdepan dengan problem' deal ngan 'problem' dan solve 'problem'. Selalu dalam time tensen2 tu aku akan pk engineering dalam konteks yang lain...aku akan releasekan otak dengan me'relate'kan ilmu engineering dengan kehidupan manusia..mmbuatkan aku lega bila pk gitu..then aku sedar yang engineering knowledge ni kalo di applykan pada tempat yang kita suka..memang mantap ler jadinya...relatekan engineering dan kehidupan..baru la semua lapisan orang dapat appreciate ilmu engineering...kalo sembang dalam technical sidenya..tak ramai yang layan...buhsan for sure...

Tapi sememangnya engineering theory ni..sangat applicable dalam semua aspect...baik technical mahupun kehidupan....sangat sangat manarik kepada sesiapa yang suka berfikir...

Durability and relibility

Photobucket

senang cakap ..topik ni adalah untuk kita design barang...dan predict life cycle untuk barang tu...dalam keadaan design bole endure series condition of load cases..

Dalam hidup kita pon tak ubah seperti itu...dalam region awal tu adalah region yang represent di awal kehidupan seseorang..sewaktu di lahirkan ..failure rate sangat tinggi dan perlukan extra perhatian..yakni kehidupan bayi..nk kena menatang bagai mnyak penuh..mau kena inject ubat kerap2..with time..bila manusia itu membesar..kurang la failure rate tuh..so kalo terjadi kematian pada 'early life' adalah disebabkan oleh system badan yang premature yang sememangnya tak bole handle condition persekitaran..tp kalo survive..kebarangkalian untuk terus hidup adalah tinggi.

Then masuk phase 2..bahagian curve mendatar..useful life..ini adalh umo belia muda remaja..cam kita2 ni ler...useful life bermakna .time ni ler usia kita yang paling bermanfaat dan penuh tanggungjawab...kalo kita sihat tubuh badan..bermakna failure rate rendah ler...tp ada jugak possibility untuk fail..under abusive load..maksudnya..bole gak le mati dlam keadaan sudden nih ..dlm sihat2..eksident ker..heart attack ke..dibunuh....dan lain2..itu la maknanya abusive load..benda yang jarang2 berlaku..dan berlaku tanpa diduga dan luar kawalan..

Seterusnya..aging..masuk hari hari tua manusia..dah sakit sana sini..then failure rate meninggkat with time..n sampai satu tahap tu..mati..

kesimpulannya..dalam apa jua keaddan skali pon mau kena lepas infant mortality tu..kalo tak..bermaknya design tu yang fail..blom aper2 lagi dah mati...kalo mati dlm useful life region rugi ler..sbb time tu le tenaga muda ini sangat di perlukan..time tu la tanggungjawab banyak..tetiba mati plak..tak ke susah..last skali kalo manusia mati dalan region aging tu..kira ok la kan..itu la target kehidupan kita...mati disebabkab umo tua..mati sakit tua org kata..kita berbaloi baloi baloi ler hayat dier....

Photobucket

begitula juga dalam design barang..konsept yang sama di ambil kira..dan untuk calculation part tu ...ader la formula2 dan theory2 dia...engineer yang buat dier yang tahu..panjang mana hayat barang yg di design..sampai mana target life dia...and so on

Dan dalam kehidupan manusia di muka bumi nih..Allah la engineernya.Dia tahu setiap umo manusia..mati bila..sebab apa..dan semua pon telah di tetapkan sejak azali..dan ingatlah ilmu Allah itu maha luas..dan aper yang ada pada manusia itu adalah sekadar setitis air di lautan..

Pikir-pikirkan lah...

Donnerstag, Februar 18, 2010

Suka Hati Aku.

Nak buat..buat..

Tanak buat sudah..

Siapa buat..dia dapat..

Tak buat merempat..



Tak siapa suruh buat..

Sendiri yang mencari..

Tak siapa yang menjerat..

Sendiri yang memberi..



Tak tahu..bukannya tak reti.

Tak jadi..bukan tak buat.

cuma tak pasti..mana hakiki.



jangan keliru mengikut telunjuk.

lurus tak bererti tulus.

ikut tak bererti setuju.

kerana aku adalah aku.

Mittwoch, Februar 17, 2010

Soup for Soul

Photobucket

Today is called the "present" because it is a gift from Allah.Make time to enjoy the good things in life, without feeling guilty, or feeling pressure to be fulfilling some obligation.Twenty years from now you will be more disappointed by the things that you didn't do than by the ones you did do. So throw off the bowlines. Sail away from the safe harbor. Catch the trade winds in your sails. Explore. Dream. Discover." -- Mark Twain

Hari ni stress skit..so cari ubat penenang..sedapkan hati..quote di atas tu terjumpa waktu aku search2 tenet...gabung2 skit..jadi la ayat yang macam aku nak..hmm sejak dari dulu lagi upanya orang dah pk aper yang aku pk skang nih..and with that, i agree..

Samstag, Februar 13, 2010

Cabaran 100k

Ini adalah kesinambungan daripada previous post bertajuk ''Gandakan wang anda''

Pernahkah anda terfikir untuk memiliki wang tunai sebanyak rm 100k pada usia muda? logikkah?
Bagaimana? susahkah? possible kah? jawapannya ya...walaubagaimanapun ia bergantung kepada ke-serius-an individu tersebut.. mungkin ada yang akan achieve lebih...mungkin ada yg sedikit kurang..mungkin juga ada yang ok-ok...ada juga yang garu kepala..rasa nyesal sb tada apa2...

Sebnarmya anda bertuah dan mempunyai peluang yang cerah untuk merealisasikan impian ini..lebih mudah jika itu adalah impan anda sendiri..mungkin ada di antara anda telah ada perancangan ke arah itu..atau mungkin ada yang baru terfikir...''bolehkah?? '' again...jawapannya..BOLEH..

So..kalu dah ada keinginan..mesti ada jalan.. '' Whatever the mind of man can conceive and believe, it can achieve''

jom kita congak2...

secara purata anda akan berada di german selama 8 sem atau 9 sem atau 10 sem...let say kita amik purata ...9 sem...di mana anda menerima fullscholar..aku tak ingat berapa sebulan tp to be fair let's try 960EU pro Monat.

let's do the math :

960 x 54 bulan (9 sem)= 51840 EU
51840 EU x 4.3 (current rate) = 222912 RM
------> sedarkah anda? anda telah menerima sum of FREE big amount tanpa bekerja...being an Engineer pon belum tentu bole dpt...banyak tu..or to be frank..kena pecah kepala baru la kot dpt.. dalam masa 4 tahun setengah...


ok..of cause kena belanja sewa rumah..mkn...itu ini..transport..blabla...leisure...gadjet...dan macam2 lagi seangkatan.....semestinya kena up to date dengan technology...zaman aku dulu..setakat PC power...mp3..hp..PS..XBOX....itu jer..

skang...lagi la...
semua pon dah up-grade lagi...x box 360 360GB...PS3 blue ray...LED tv....ipad2...iphone bla bla...mesti semua pon bole dapat kan??? best gila...

sebenarnya...kalo di congak2..setakat sewa rumah..api air ..letrik....mkn..travel leisure2...tadak la occupied big amount pon...just some portion ja...plus..itu pon jenis perbelanjaan yang necessary...yang berhabis banyak ialah...perbelanjaan yang hanky panky..which is tak perlu...seperti..tuka2 henpon...upgrade pc untuk gamers...yang rata2...bole jer *ala kadar* tp some choose to be luxus dengan gadjet2 tu..tak salah..tp just one-off sudah la...ada plak yang jenis gamers..beli segala cd game...laptop gila2 power..pc gila2 high end...cuti pon tak pegi mana...dok main game ja...cut off expenses on travel n vacation..hhmm itu pon kurang bijak jugak..sb..bukan selalu dpt travel...once dah ada peluang tuh...alang2 da kat europe...tour la...tengok dunia..kalo plan leklok..pergi by group..tak mahal mana pon...

katakan lah...secara calculation bodo pon...kalau anda bole save 25% from the total amount of scholar tu
222912 RM x 0.25 = 55728 RM ...dah separuh dari RM100k korang bole secure in hand bila balik mai mesia..itu secara saving bodo jer tu..tak perlu buat apa2..just by SAVING from scholar...

Eh kata tadi RM100k...ok..

Secara biasa katakan lah buat 2x practical..dpt elaun kan? seharusnya elaun nih bole simpan 100%...melainkan korang upgrade hidup gila2...spend gila2..belanja gila2...
katakan dpt elaun 600EU..Cuba calculate kalo dari practical semester tu 70% korang dpt save...

600EU x 6 bulan x 2 sem = 7200EU
70% = 5040EU genap kan lah....5000EU = 21500 RM
21500 RM buta2 jer....pada masa sama scholar jalan...

total saving = 21500 + 55728 = 77228 RM ------- banyak ni bro...blom stat kerja pon...blom pon 9 to 5 basis...selamber rock jer ada RM70k+..

itu saving bodo ja...dah 70k+...katakan lah..ada yang bijak invest duit tuh..topap skit2...dalam ASB..ASN..ASW..mana2 jer la...menjelang 5 tahun, end of studi..dan bole cecah RM 80k dah...
itu invest dlm tool paling secure tuh...kalo berani..appoint unit trust agent...from 1yer to 4 yer studi..bulan2 allocate 50EU...end of 5 yer..perghhh...kira sendiri la...

atau..dalam pada 4-5 tahun blajo tu...ada buat business ebay..ada yang buat macam artikel aku terdahulu; ''Jom gandakan wang anda'' bole upkan lagi amount of money saved.
So..possible kah anda memiliki RM100K di kala anda belum pun mula kan alam pekerjaan anda?
YES..SANGAT POSSIBLE...but dengan syarat...

1) Anda berkehendak utk ada RM100k...ambitious..baca buku..keep u motivated...

2) Plan...kawal perbelanjaan..

3) Invest...


Anda tak perlu pon cari part time job utk itu semua...hanya perlu tumpukan perhatian terhadap pelajaran anda...in the end..if u succeed....apa yang anda dpt...?

1) Degree / Dip. Ing. : from German beb......bole berbangga nih...but to be frank kalo nk demand gaji lebih2...tak berapa nk work it la...sb company lagi appreciate experience..dan ada standard salary gred utk tiap industry..akan tetapi..degree german ni sangat laku sebagai batu loncatan..1 step nk dpt kerja...apa2 pun u know urself...a german grad...

2) Money : lagi best...free money...hasil jimat cermat dan kebijaksanaan anda....dan ini membezakan anda dan rakan anda...dedua ada degree..but u...walk away dengan RM100k (or any chunky amount u have ) serious buat org jeles oooo....tp salah siapa? salah diri sendiri la kan...sapa soh tak amik iktibar dari apa aku tulis nih....

ok la..aku ada banyak lagi nk share actually...but this is all for now...nt tulis banyak... tak terikut plakkan nnt...as for now...simpan cita2 nk save RM 100K tu dulu...dan work it...tak susah pon..
aku bole jamin..banyak manfaat korang akan nampak nt..silap2 sepas grad korang tayah menagih kerja pon...di kala org struggle dok carik kerja..korg still goyang kaki 3-4 bulan tarak masalah..bole stat business sendiri...bila da ketagih business...tak lahap pon nk kerja makan gaji...

sapa dah sememangnya praktik apa yang aku tulis ni ..tahniah...
dan sesiapa baru terbuka minda...masih belum terlewat nk catch up skit sebamyak...
dan sesiapa yang anggap ni bullshit...u'll regret once u enter the 'real world of life'...

sesiapa yang dah ada chunk of money dan berminat nk tahu apa yang korang bole buat dengan duit2 tu..so that it benefits...bole la reply2 forum...or kalo malu kengkawan tau korang banyak duit...bole pm aku...insyaAllah aku bole bagi advice nasihat skit sebanyak dlm lingkungan pengetahuan aku...

oh lupa...patut aku emphasize ni...rokok merugikan duit...dan merosakkan kesihatan...kalo sanggup quit..korang bole save a lot of money..dan kurangkan risiko peyakit....

that's a wrap up...sorry kalo penulisan aku ni ada salah silap...jgn amik hati...

wassalam...

Freitag, Februar 05, 2010

Kenali dan tangani Stress

Stress is a physical, emotional and mental reaction to change. It encompresses pressure, burden, conflict, tension, fatigue, nervousness, anxiety, panic and loss of vitality that often happens when changes occur to either body or state of mind.

Photobucket
stress??????

Why do we stress?

1)Personal disappointment
2)Family-domestic problem,financial problem etc.
3)Occupation-not excelling in job,excessive workload, not promoted, loss of work etc.
4)Uncomfortable environment
5)etc.

Sign of stress

1)Increase in heartbeat
2)Sudden temper
3)Despondent
4)Loss of interest in job
5)Loss in apetit
6)Lack of sleep
7)Tendency to raise voice

How to react when dealing with stress?

1)Relax-breath deep and exhale slowly
2)Seek advice
3)Withdraw to another place to control your anger
4)Acceept the fact that people make mistakes
5)Do not be alone go and talk to friends.

Perform the followings:

1)Stay calm
2)Breath
3)Say to yourself 'just relax'
4)Rest and listen to music
5)Do good deeds / nice thing to people
6)Perform physical activities
7)Exercise
8)Have chat with someone
9)share your problem

In fatigue engineering ;
High stress creates low lifecycle, low stress creates high lifecycle.
And it applies in your life too. So be at your very less stress level and live a happy life.

Mittwoch, Februar 03, 2010

Think and grow rich

Photobucket

Motivasi untuk santapan. Be creative,skang ni zaman Technology maklumat siapa yang cepat dia dapat....Yang penting, manage dan be creative. work smart. Tengok peluang2 yang ada. Yang penting skali take action and accept risk. No matter who you are..what your background is..You are the engineer of your own life.

Donnerstag, Januar 28, 2010

Bila malam bulan mengambang.

Pukul satu tiga puluh minit pagi..aku baru balik umah..nk tido tak ngantuk lagi..hhmm tp esok kerja...tp takper..tadak hal nyer...aku tak pernah tak pergi kerja sbb tido lambat..paling2 pon ngantuk skit jer dlm office..tp tak per jugak..kena nescafe secawan..bole bertahan sampai kol 130 pagi keesokkan harinya...so tak jadi hal kalo tido lambat skali pon..

tadi sepas balik kerja..sepas semayang maghrib kt office..terus pergi mkn..ngan izzal,Azmi, Kett and Kemm..perihal utama ialah nk hang out..sesambil minum dan mkn..tunggu makanan punya la lama..sejam baru mkn sampai..haiyooo...tukang masak sorang jer..hmm sabo jer la..

Then terus pi umah Azmi and Kett..pegi melawat studio derang baru set up..dlm umah je..not bad..not bad di sini bermaksud peralatan lengkap umtuk jemming...of cos le tader sound proof room...but as long bunyi semua bole di monitor oleh musician..kira ok la kan...punya la asyik..sampai kol 1 baru abis..perghh tak sangka bole jamming dlm umah..mlm plak tu..tanpa di dengari oleh jiran2 ( ala..budak budak tu main radioo je..kata jiran...fuhhh!!!! selamat..kata kami)

Photobucket
gamba hiasan

main music adalah salah satu hobi aku..walopon aku tak le terer sangat..bole la sekadar main suka2 hiburkan diri sendiri dah join kengkawan jamming...aku tak memilih alat music...kalo bole nk main semua..tp tak kesampaian..cukup la sekadar aku bole petik gitar..tekan piano skit..next..aku nk berjinak2 ngan drum kalo umo panjang..hahaha..

Photobucket
gambar lampiran

walopon aku tak main..aku amat enjoy tengok geng2 perform...live music..and they got the talent..jelous aku :P...satu lagi yang aku teringin nk buat ialah...busking on the street..tp blom ada konfident...lagu pon hapal tak hapal jer...happaadaaaa..!!!

Montag, Januar 18, 2010

On the road.

Tadi buat julung2 kali nya aku terperangkap dlm traffic jem yang teruk..well benda ni biasa je kan...standard la kan rush hour..of coz jem ..semua pon tahu..aku pon tahu..tapi kenapa nk sibuk2 tulis plak?? kecoh ahh aku...

Memang ahh nk tulis..sbb aku tak biasa..tak pernah..opis ngan umah dekat jer hehari lalu tadak jem..skit2 tu biasa la sbb traffic light...cuma hari ni je aku kena pergi UIAM untuk workshop..so pagi gerak dari subang jaya lalu kesas MRR2 terus ke UIAM..kol 9pg stat..memulakan perjalanan kol 8 pagi agak lancar sampai la kat area2 cheras..mulala slow...

balik plak kol 530ptg..skali lagi menjerat kan diri dlm traffic jem..aku yang mula2 amik DUKE nk ke NKVE skali tersasar ke pusat bandaraya..so aku amik la pencala link ke Federal highway..jemm...memang nightmare..padan muka aku...sepanjang jln ke subang jaya ikut ss19 tu..berada dlm situasi jem yang menggila tu buat aku terfikir bebarapa perkara...

1) Since kiter kerja 5 hari seminggu and most of the time kita akan berulang alik ke ofice..jadi adalah satu kesenangan kalau umah dekat ngan office..jadi tak le buang masa tersangkut dlm traffic jem..bayangkan kalau 20 tahun kerja..5 hari seminggu...2 ways per day...berapa tahun dari portion hidup kita habis dlm kesesakan jalan raya...

2) kenapa sikap pengguna jalan raya sangat suck...tadak timbang rasa..tader otak..dah jln jem tu..pandai2 la dok dlm Q.. da tahu nk ke susur kiri..stay in your line...nk cepat nyer pasal...suka2 hati je masuk kanan dengan harapan nk cilok masuk kiri potong Q..hangin aku ngan org2 bodoh gini...

3) kepada penunggang motosikal..sayangi lah nyawa anda...kalo anda sendiri tak kesah..kami, pengguna jalan raya yang lain..lagi la..langsung tak kesah pasal nyawa anda...cuma kami sayangkan kereta dan nyawa kami saje...sbb tu aku mengalah...kalo tak..aku langgor je buat tak peduli..sbb memang bukan salah aku..

4) xtra note..ini berkisar bila aku bawa keta waktu malam...paling aku sakit hati tengok ialah bila bawak moto tak buka lampu..what the heck???..tak salah ker bawak motor tanpa memasang lampu?...where is the enforcement?...so, refer back to no 3. if u guys dont give a damn about your own safety...me neither...

5) Kepada ayahanda yang di hormati...kasihanilah anak2 anda...pakaikan lah mereka dengan topi keledar..walaupon hanya untuk menghantar mereka ke sekolah...tahu le dekat..kepala tu kalo terhantuk kat atas tar tanpa helmet pecah berderai bai....kepala si ayah ada protection..kepala si anak terbogel gitu je..dah la tu naik 3 org plak...haiyooo use your brain la wahai bapak2 sekalian..sbb malas nk bawak xtra helmet...nyawa anak sanggup di perjudikan...

Kesimpulannya...jadilah manusia yang mampu berfikir dan bertimbang rasa..don't act like an idiot...pesanan ini adalah untuk semua dan diri aku sendiri...selamaiittt!!!

-i am not a good writer-

Donnerstag, Januar 07, 2010

Sad but true

''Sudah seminggu dalam tahun 2010..namun aku rasa routine hidup aku sama jer cam hari2 terakhir tahun lepas..sama je dengan pertengahan tahun lepas..hari2 lalu jalan yang sama..balik jalan yang sama..secara conclusinya sama je..''

hmm..jika berlaku seperti perkara yang di atas adakah bermakna tidak ada perubahan dlm diri kita??...

Dari segi routine harian sememangnya sama....sebagai org yang bekerja standard la kan kuar pagi balik petang kekadang menjangkau malam...kira2 balik berapa jam je kita ada masa nk leisure2 kat umah sebelum tido...ada kajian mengatakan seorang mesti cukup tido selama 6-7 jam..kalo kita bangun pagi pukul 6 at least kol 11 mlm mesti mau tido dah..tp kalo kita sampai umah dari office pon dah kol 7 let say..kita ada masa 4 jam jer lagi untuk buat apa2 perkara sebelum kita tidur...mandi..makan...semayang..tengok tv..baca buku...bagi org yang bekeluarga...nk layan anak2...bagi yang bujang plak..ada yang nk lepak ngan mmber2 sembang tentang banyak hal...ada yang kuar ngan awek...ada yang baru nk carik awek..dan macam2 lagi...

Jika yang tersebut di atas tadi adalah aktivitinya...sememangnyalah kena bahagi2 kan hari dan waktu bagi aktiviti2 yang berkenaan...tp camner plak kalo balik umah dari kerja terus rasa penat sangat..pastu tido awal..then esok bangun pergi kerja semula...hmmm tak best sungguh..!! aku seboleh2 boleh nya tanak la tido awal sangat..tp apakan daya ada hari2 yang aku rasa otak dan badan letih sangat..walaupon aku try lawan..memang katil menang..tambah2 lagi kalau sepas makan malam...sbb tu salah satu cara nk elak tido awal ni, elakkan makan berat waktu mlm...dan itu yang aku cuba praktikkan...

So waktu mlm bole diisi dengan aktivi2 menarik untuk compensate waktu2 kerja di siang hari...benda yang best aku suka buat ialah jumpa mmber sembang2....sembang tentang banyak perkara...update 'what's new'..aper member buat....aper future plan..aper plan seterusnya...ada opportunity buat duit ker..bukan MLM ok.., ni true money..dan banyak2 lagi..ada gak membebel pasal masalah tempat kerja la ..itu la ini la...tp banyak yang borak pasal duit ler...gaji tak cukup la..bulan2 sesak la..bayangkan la tengah bulan dah mula kering...hhmmm..yer la kan ..gaji tak besar mana tolak duit keta...sewa umah...bagi parent skit..minyak keta...makan minum....entertainment skit...saving skit...dah kering....hmmm tu pon saving kat last last skali..kalo ada balance ada la saving...kalo tak, saving itu bakal di bawa ke bulan hadapan..tu pon ntah ader ntah tidak...hmmmm

a) Adakah hidup kita didesign sebegitu rupa?
b) Hanya satu kebetulan?
c) Follow the flow?
d) Ala...baru mula kerja..sok2 gaji besar..settle la masalah..
e) Aku mesti buat sesuatu...
f) Buat per fikir pasal dunia..soal duit segala..bukan bawak masuk kubo pon..
g) Lek lek sudah...
h) Takdir aku gini kot..
i) Aku syukur apa yang ada..

...and the list goes on...

Samstag, Januar 02, 2010

Gandakan wang anda

Penulisan ini di tuju khas untuk rakan2 yang masih/sedang belajar atau yang dah kerja nun jauh di luar negara umumnya dan khasnya di Germany. Juga tidak lupa ( sebagai pengetahuan awal) kepada adik2 junior yang akan melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Pernah tak krg terasa *kaya* tiap kali balik cuti..sb bawak balik duit euro ratus2..bila tukar RM jadi riban2..waktu itu..nk makan pon tak berkira..belanja family dan kenkawan, bawak family bercuti dan seterusnya..pengalaman seperti ini semestinya di rasai oleh setiap antara kita yg studi di german dan juga tempat2 lain under scholarship...kan kan kan..rugi la kalo korg tak rasa gitu..

pastu rasa nk tuka duit cari excange rate yang paling best..aku tak sure skang berapa exchange dier..waktu aku dulu bole cecah 5 (kira best rate la nih) tp rata2 waktu itu..dalam 4,60- 4,80 bole dpt la..dan exchange ni naik turun..sepanjang percutian kita di malaysia..
ada yang balik jer..terus tuka semua..bila rasa itu the best rate..ada yang tuka skit2..pastu towards time rate naik..perghh rasa berbaloi giler..ada plak yang ttunggu2..rate jatuh..terus rasa rugi tak tukar awal2...macam2..kan kan.. even beza 4,60 dan 4,7 pon mesti mau pilih 4,7..ala sekupang jer pon..kalo tuka 1000eu baru beza 100RM..tp who cares, janji duit yer tak?

so korang apa kata kalo korang bole tuka exchange rate ikut korang nyer mahu sendiri...5,00 5,10 5,20 atau seangkatan..korang yang tentukanberrapa korang nk value untuk wang anda despite kat market 4,70 4,80 or any value..

apa yang orang perlu buat ialah sedikit efford yang best giler..
kita as a german student tahu kan..ada benda2 barangan murah yang bole dpt kat sana berbanding kat mesia nih..tambah2 kalo ader rabatt..baju budak2..parfume...jersey..barang2 dari ebay..barang2 amazon.de ... handy vertrag ( 1+1 , second handy harga 10 eu ) bla bla dan many more..whatever u wanna find...just window sopping, do some research dan cari buyers...

kalo rasa2 nak bawak balik eu 500 cari la kengkawan..adik beradik..atau sesapa saja (buyers)..beli barang2 yang murah berbading di mesia sehingga harga 500eu tu..atau sampai 300 pon takper..lebih 200eu tu bawak la dm poket...so bila da di *exchangekan* dalam bentuk barangan secara tidak langsungnya..currency rate jadi tinggi...bayangkan kalo beli parfume yang kat mesi ni harga 250RM satu botol then bila ada rabatt kat sana harga dlm 150 RM nya...katakan 250RM =50EU , beli parfume rabatt 30eu =RM150 , jual la 200RM =40eu untung 10eu therefore exchange =200/30=6.6 instead of 5 kat money changer..perghh tinggi gila... sapa bole kasi rate gitu..kan kan..

dengan cara ni tayah korg pi cari satu ke satu money changer begging for the best exchange..korg dah fixkan exchange rate yg korang nk sendiri...best tak?

itu satu contoh la..banyak lagi kan...dan aku yakin korang semua lebih terer..dengan ebaynya..dengan online shop nya..dan macam2 lagi...dan aku yakin ada antara korg kat sana yg dah mula berbusiness..bole la share2 kan.....sementara peluang ada nk buat duit nih..guna2 kan lah..

sori la kalo penulisan aku ni dari segi gaya bahasanya ntah pape...sekadar nk berkongsi.

Freitag, Januar 01, 2010

Tahun baru Azam Baru . Selamat datang 2010.

Akhirnya tahun 2009 berlalu sudah.Tahun yang aku rasa sangat cepat berlalu. Tak banyak perkara luar biasa berlaku dlm diri aku sepanjang tahun 2009 kecuali job secondment ke Lotus Engineering United Kingdom, LEUK selama 6 bulan;Jan-Julai. Separuh dari tahun 2009 aku habiskan masa kat sana.Pengalaman kerja di sana banyak membuka mata aku dari segi kehidupan dan juga dari sudut kerjaya aku sendiri.Aku bersyukur kerana terpilih sebagai salah seorang yang akan menjalankan tugas di sana walaupun pada waktu itu aku baru sahaja 7 bulan memulakan perkhidmatan sebagai CAE Engineer.Itu merupakan turning point terbesar dlm hidup aku setakat ini kerana ia telah melengkapkan impian aku seawal bermulanya kerjaya aku.

Hari ini kita berada dalam tahun baru 2010.Dua minggu sebelumnya kita juga telah menyambut kedatangan tahun baru Islam 1431H.Walau mana satu pon tahun yang kita rujuk, yang pastinya masa tetap berlalu meniggalkan kita semua.Dan seperti biasa, pada hari hangat diperkatakan tentang azam baru.Aku yang memang tidak pernah officially memasang apa2 azam sejak 27 tahun lepas, pada tahun ini telah memikirkan beberapa resolusi untuk dicapai:

1) Better person and better health.
-aku rasa tahap kesihatan aku sudah sedikit merosot.Bukan maksud menghidap penyakit atau seangkatan.Tidak tiddak tidak.Cuma aku kurang aktiv je sejak 2 menjak bekerja nih.Kurang aktiviti yang sihat lagi menyihatkan.Bayangkan 8pg ke 6ptg 5 hari seminggu di office.Balik dah malam, penat tidur dan begitu la seterusnya.Routine yang berulang.Aku rasa ramai juga yang berada dalam situasi sebegini.

2) Better financial year.
-Aku tidak berharap sangat terhadap kenaikan pangkat/gaji sebab itu di luar kawalan aku dan banyak faktor untuk dipertimbangkan. Apa yang lebih penting adalah kita merancang perbelanjaan pendapatan kita. Buat saving. Rekodkan segala perbelanjaan. Hidup biar berpadanan dengan pendapatan. Jangan membuat hutang 'tak-perlu'.

Photobucket

3) Better self-time management.
-Procrastination is not good. Jangan fikir lama untuk buat keputusan. Just do it and leave with it.Kita bole memilih kesempurnaan dalam membuat keputusan tetapi apa yang pasti kita akan kehilangan banyak masa berharga. Atau lebih teruk lagi, kegagalan membuat keputusan.

Photobucket

4) Own a house/apartment.
- Tidak mahu lagi menyewa. Aku nak jadi tuan rumah pula.

Photobucket

5) New car?
- Kenapa *tanda soal?* kerana aku sudah memiliki kereta yang boleh aku gunakan untuk ke sana ke mari. Cuma keinginan untuk memiliki kereta idaman yang hanya lebih kepada *kehendak hawa nafsu*. Akan difikirkan semula.

Photobucket
Sekadar Gambar hiasan.

Sebenarnya ada banyak lagi,tapi buat masa ini perkara di atas adalah realistik untuk direalisasikan. Lagipon biar sedikit dan menjadi dari banyak dan tiada focus.