Dienstag, Juli 31, 2012

Apabila harga kereta murah.

Pagi tadi ada seorang rakan sepejabat memfowardkan e-mail berkenaan dengan cadangan menurunkan harga kereta import melalui pengurangan duti import. Berlaku pertembungan pendapat antara pencadang dan pembangkang.

Berikut adalah pendapat saya;

Apa yang bole saya faham di sini ialah : 

pembangkang: mencadangkan untuk menurunkan harga kenderaan supaya rakyat lebih bersifat  memiliki dan  harapan bebanan hutang kereta dapat di kurangkan.

pencadang: Memberi hujah mengatakan bahawa cadangan PKR untuk menurunkan harga kereta (eksais cukai) akan merudumkan aktiviti perusahaan kereta nasional PROTON sekaligus vendor dan semua pekerja yang bernaung di bawahnya. Hujahnya lebih kepada ekonomi khususnya.

Dalam setiap perkara pon, kalau hitam itu mudah, putih itu mudah. Jelas dan nyata. Tapi dalam grey area, bermacam pendapat akan di kemukakan. Bergantung kepada situasi dan kepentingan kepada masyarakt dan seterusnya induvidu itu sendiri.

usul yang di kemukan oleh pakatan ada betulnya. Di mana kereta akan jadi lebih murah, rakyat berhutang kenderaan berkurangan, rakyat terasa kurang ditindas dan sebagainya. Dan kata KJ juga ada betulnya, pada waktu itu, harga CIVIC 1.8 70k, berapa pula harga kereta PROTON? Masing-masing mempunyai hujah dan pendirian tersendiri. 
Betul kedua-duanya.

umpama gajah bergaduh di hutan.

Kita tak perlu lihat dari persepsi kedua-dua *gajah* tersebut. Biarkan sahaja mereka. Mari kita melihat dari mata seorang  sebagai pengguna dan sebagai diri kita.
hakikatnya jika harga kenderaan di katakan murah skali pon masih di tahap 50k+. yes kita akan berkata *at least 50k kita dpt merasa honda or toyota or hatta ferrari skali pon*. Sekarang ni pon terdapat kereta2 pada harga tersebut di pasaran tetapi ramai yang membeli kerana terpaksa sebab tak mampu beli kereta brand lain sebab harganya terlalu mahal.

Bayangkan harga Mitsu lencer 80k, civic 80k vios 25k merc bmw pada tahan 100k. Best gila...Kereta mana yang akan anda pilih? semestinya rambang mata. Tak tahu mana yang akan dibeli. Tapi apa yang pasti Jangka masa hutang semestinya maximum 9 tahun. For sure. So apa beza dengan keadaan sekarang? kita membeli vios 70k atau Inspira 70k dan hutang selama 9 tahun. percentage duit keluar pada kadar yang sama. Hanya kita dapat bergaya dan memiliki kereta yang lebih bergaya dan *standard* di mana matlamatnya nak menaikkan income seisi rumah.

Dalam keadaan sekarang pon, berapa ramai individu yang sempat bayar habis kereta sehingga 9 tahun loan? memang ada. Tetapi berapa ramai pula orang yang menukar kereta setiap kali income bertambah (setelah 3 tahun) dan kembali membuat loan 9 tahun? bayang kan situasi begini pada masa kereta brand hebat2 toyota, honda, VW, merc, bmw, proton, pagani zonda dll berharga 80k-120k ? lagi ramai la yang akan berhobikan kereta. Lagi sukar mengawal nafsu tukar-tukar kereta. 

student uni pon akan bergaya dengan kereta cc besar ..seisi rumah pon kereta cc besar. Timbul pula masalah harga minyak. Isu seterusnya pula kurang kan harga minyak dan isu2 lain yang berangkai. Tercapaikah matlamat nk mengurangkan kadar hutang ? masalah kewangan? jika kita sendiri yang terus menerus berhutang dan berluxus. Semetinya hutang itu perlu akan tetapi pada kadar yang munasabah dan pada tujuan yang betul.

walaubagaimanpon ia terletak kepada individu sendiri untuk mentafsir antara *value* dan *price*. Kereta pada sekian *price* tapi apakah *value* kereta itu kepada kita. dari situ kita dapat menilai antara keperluan dan kemahuan, keuntungan dan kerugian, cash or trash. Apa yang dibuat ini adalah seperti memberi kita ikan, dan bukan mengajar kita menangkap ikan.

Sebenarnya, Hutang bukanlah issunya, tetapi isunya ialah *bad debt*, jadi, dalam apa jua perkara, harga kereta murah atau mahal, kita always ada choice mengikut kemampuan masing2. Kesimpulannya tahap mana kemampuan , keinginan, kewangan kehutangan adalah bergantung pada diri sendiri.

Pengurangan harga kereta ini hanya membolehkan kita merasa kereta yang dahulunya hanya mampu melihat. Akan tetapi tidak berupaya menyelesaikan isu hutang kebanyakkan rakyat malaysia secara langsung. Kerana hutang-piutang ini adalah satu cabang dari subjek financial intelligent . Walaubagaimanpun, pada satu sudut lain, ada baiknya harga kereta di kurangkan. Dan kelebihan ini akan dapat di manfaatkan sebaiknya bagi mereka yang celik kewangan.

A friend of mine comment isu ni dlm fb : " bagi aku...sama ja...bila keta import jadi murah, org malaysia ni akan beli keta lagi high class...kalo skang dah terkebil2 nk bayar VIOS atau city, nti bila keta import dah murah, terkebil2 lak nak bayar Lancer. We will get the same old problem with Malaysian mentality..LOL "

Yes it is all about mentality attitude and habit.... 

p/s: prefer beli kereta second hand cash..tayah hutang...

no worry just opinions thou'....
cheers~~~