Bilakah masa yang sesuai untuk membeli hartanah? Jawapannya ialah pada bila-bila masa sahaja, yang penting bukanlah pada *masa tertentu* tersebut akan tetapi pada masa *anda telah bersedia*. Bilakah anda bersedia? Bertanyalah diri sendiri ''Adakah aku telah bersedia?'' Jika jawapannya 'ya' , itu lah masa yang sesuai untuk anda mulakan pembelian hartanah anda.
Sebaik-baiknya mulakan membeli hartanah pertama setelah medapat pekerjaan tetap.Jangan terlalu focus kepada keinginan membeli kereta yang terlalu mahal yang memerlukan anda berhutang lebih dari 2 tahun. Jika begitu keadaannya, bermakna anda belum mampu memiliki kereta tersebut, dan jika anda teruskan, nescaya anda akan mengalami masalah pengurusan kewangan di masa hadapan. Hal ini adalah mengambil perkiraan golongan berpendapatan pertengahan yang merangkumi majoritinya golongan belia, yang mana baru memulakan kehidupan setelah tamat fasa pengajian.
Carilah hartanah yang sesuai dengan pendapatan pada ketika itu. Jangan terburu-buru membeli yang mahal. Jangan mengikut kemahuan hati.Tidak dinafikan setiap orang mengidamkan kediaman yang cantik dan indah. Tetapi jika anda terus mengumpul duit dan mengejar rumah impian anda itu, percayalah anda tidak akan langsung mampu memilikinya hatta anda akan terlepas peluang membeli sesuatu yang anda mampu pada masa yang susah berlalu.
Jika anda terlalu cepat membeli sesuatu yang terlalu mahal, nescaya ada sudah tidak akan mampu membeli kediaman kedua dan seterusnya kecuali anda menjual dan mendapat cash flow baru untuk berbuat demikian.Tetapi, adakah anda akan menjual rumah impian anda tersebut? sudah tentunya tidak, dan anda akan terus mendudukinya di samping terus membayar ansuran bulanan dan terus bekerja keras untuk menanggung liability tersebut.
Sememangnya tidak salah berbuat demikian. Akan tetapi terdapat cara yang lebih baik untuk kita memiliki sesuatu yang kita idam-idamkan. Hanya dengan pengetahuna mengenai aliran wang dan *compound profit* anda bole memiliki kediaman impian anda dalam masa singkat dan yang lebih bermakna lagi, anda tidak perlu bekerja keras untuk membiayai liability-liability tersebut kerana ia bole dijadikan asset yang membiayai anda dan juga it pays for itself.
Dari masa ke masa, saya akan kongsikan lagi info-info dan tips.
Saya tahu, ramai muda belia yang di luar sana yang berkebolehan dalan hal2 begini. Feel free to share via comment.