Akhirnya tahun 2009 berlalu sudah.Tahun yang aku rasa sangat cepat berlalu. Tak banyak perkara luar biasa berlaku dlm diri aku sepanjang tahun 2009 kecuali job secondment ke Lotus Engineering United Kingdom, LEUK selama 6 bulan;Jan-Julai. Separuh dari tahun 2009 aku habiskan masa kat sana.Pengalaman kerja di sana banyak membuka mata aku dari segi kehidupan dan juga dari sudut kerjaya aku sendiri.Aku bersyukur kerana terpilih sebagai salah seorang yang akan menjalankan tugas di sana walaupun pada waktu itu aku baru sahaja 7 bulan memulakan perkhidmatan sebagai CAE Engineer.Itu merupakan turning point terbesar dlm hidup aku setakat ini kerana ia telah melengkapkan impian aku seawal bermulanya kerjaya aku.
Hari ini kita berada dalam tahun baru 2010.Dua minggu sebelumnya kita juga telah menyambut kedatangan tahun baru Islam 1431H.Walau mana satu pon tahun yang kita rujuk, yang pastinya masa tetap berlalu meniggalkan kita semua.Dan seperti biasa, pada hari hangat diperkatakan tentang azam baru.Aku yang memang tidak pernah officially memasang apa2 azam sejak 27 tahun lepas, pada tahun ini telah memikirkan beberapa resolusi untuk dicapai:
1) Better person and better health.-aku rasa tahap kesihatan aku sudah sedikit merosot.Bukan maksud menghidap penyakit atau seangkatan.Tidak tiddak tidak.Cuma aku kurang aktiv je sejak 2 menjak bekerja nih.Kurang aktiviti yang sihat lagi menyihatkan.Bayangkan 8pg ke 6ptg 5 hari seminggu di office.Balik dah malam, penat tidur dan begitu la seterusnya.Routine yang berulang.Aku rasa ramai juga yang berada dalam situasi sebegini.
2) Better financial year.-Aku tidak berharap sangat terhadap kenaikan pangkat/gaji sebab itu di luar kawalan aku dan banyak faktor untuk dipertimbangkan. Apa yang lebih penting adalah kita merancang perbelanjaan pendapatan kita. Buat saving. Rekodkan segala perbelanjaan. Hidup biar berpadanan dengan pendapatan. Jangan membuat hutang 'tak-perlu'.
3) Better self-time management.-Procrastination is not good. Jangan fikir lama untuk buat keputusan. Just do it and leave with it.Kita bole memilih kesempurnaan dalam membuat keputusan tetapi apa yang pasti kita akan kehilangan banyak masa berharga. Atau lebih teruk lagi, kegagalan membuat keputusan.
4) Own a house/apartment.- Tidak mahu lagi menyewa. Aku nak jadi tuan rumah pula.
5) New car?- Kenapa *tanda soal?* kerana aku sudah memiliki kereta yang boleh aku gunakan untuk ke sana ke mari. Cuma keinginan untuk memiliki kereta idaman yang hanya lebih kepada *kehendak hawa nafsu*. Akan difikirkan semula.
Sekadar Gambar hiasan.
Sebenarnya ada banyak lagi,tapi buat masa ini perkara di atas adalah realistik untuk direalisasikan. Lagipon biar sedikit dan menjadi dari banyak dan tiada focus.