Montag, August 24, 2015

Risiko sebenar penyimpan / Pelabur Emas



Muthakir ini banyak saranan untuk kita menyimpan emas tatkala kegawatan matawang melanda kita. Jualan emas saban hari ke udara di media-media menggalakkan kita untuk membeli/ menyimpan emas. Mudahnya membeli emas ketika ini.
-
Walaupun hati ingin mula terdetik hendak menukarkan wang kepada emas, hati masih was-was. Tapi pada masa yang sama takut akan isu kemerosotan matawang.
-
Di page FB sebelah, kelihatan rancaknya mereka berpesta membeli emas dan meraih untung. Bernarkah tiada risiko dalam simpanan / pelaburan emas?
-
Dalam apa jua perkara pun ada risikonya. Tiada perkara yang zero risiko. Yang ada hanya besar atau kecil risiko itu pada perkiraan individu.
-
Bagi yang bermain dengan pelaburan RM juta juta, risiko kehilangan RM100k adalah risiko kecil baginya tapi sangat besar bagi kita.
-
Maka apa yang lebih relevant adalah “calculated risk”. Besar atau tidak, bahaya atau sebaliknya adalah atas sendiri, di putuskan melalui “risk management’.
-
Dalam menyimpan/ melabur atau menjual emas juga semestinya berisiko. Namun risiko itu bagi mereka (penyimpan dan pelabur) adalah kecil oleh itu tidak perlu diperjelas secara panjang lebar , lebih baik difokuskan sahaja kepada manfaatnya yang lebih besar.
-
Jadi jangan salah faham atau terima pelaburan emas ini sebagai zero risk. Kesilapan ‘mind set’ ini lah yang akan membantutkan matlamat kewangan kita,
-
Antara trauma2 mengenai emas ialah


1) Dah 3 tahun beli tapi nk jual still rugi

2) beli senang, nak jual susah pulak.

3) terbeli emas tapi palsu.

4) Kena tipu dek penjual.

5) Ingat boleh untung cepat dengan emas, habis duit pakai beli emas, nk bayar hutang pun dah tak ada.

6) dan banyak lagi.

Ada antara trauma tersebut, saya pernah dengar dari mulut tuan punya badan sendiri (first hand). Walaupun ada penjelasan, mereka dah tidak percaya kepada emas. ‘Orang’ punya pasal ‘emas’ jadi mangsa.
-

Melalui penulisan Tuan Mohd Zulkifli Shafie, sifu emas, hanya tiga (3) risiko sebenar pelaburan emas fizikal iaitu:
-
Risiko #1 – Harga emas turun dalam jangka pendek. Untuk urus risiko ni, pastikan anda beli emas dengan duit simpanan jangka panjang supaya anda tak terganggu dengan turun naik harga emas dalam jangka pendek – setahun atau dua tahun.
-
Risiko #2 – Emas tu hilang, samada lupa simpan kat mana, atau ianya dicuri. Untuk urus risiko tu, anda kena tahu cara simpan emas dengan selamat.
-
Risiko #3 – Ditipu semasa urusniaga jual beli emas. Ini risiko yang ramai orang terkena, terutamanya orang baru. Saya pun pernah terkena dulu. Untuk elakkan risiko ni, saya syorkan anda berurusan terus dengan syarikat bereputasi seperti Public Gold tanpa serahkan duit kepada dealer. Place order sendiri, bayar sendiri, dan ambil emas tu sendiri di ofis Public Gold terdekat. Anda cuma perlu deal dengan DEALER/INTRODUCER untuk dapatkan consultation sahaja.

 -
Selebihnya jika kita bertemu masalah atas perkara seperti spread tinggi, harga mahal, emas kena GST, tidak boleh jual balik, beli senang jual susah, agent tak mahu beli, duit habis beli emas, nak beli emas tiada duit dan sengkatan, itu adalah sebenarnya effect dari ‘risk management’ dan bukan risiko EMAS.


image from google search

-
Kesimpulannya risiko besar yang kita patut tangani ialah risiko kegagalan kita membuat 'risk management' yang akan dapat membantu kita bertindak dalam lingkungan 'calculated risk' kita.
-
Berbelanja emas duit tak hangus , Belanja Hangus , tentu tentu duit hangus. Kita pilih.
-
InsyaAllah.
--------------------------------
Azali abu bakar
PG041775
+60177626258

Sonntag, August 02, 2015

Emas; senang dibeli, harus juga senang dijual semula.

Harga emas kini di paras rendah, pastinya inilah masa terbaik untuk beli. Iklan promosi semakin rancak. Senang membeli emas, di mana-mana pada bila-bila masa.
-
Tapi jangan lupa, apa akan jadi apabila tiba masa harga emas di paras tinggi yang pada ketika itu peluang untuk kita meraih sedikit keuntungan?
-
Pasti ramai yang MENJUAL. Adakah mencairkan emas di saat kita memerluan semudah membeli emas? Sanggupkah penjual emas tersebut membeli semula emasnya yang di jual sebelum ini?
-
Persoalan yang kerap ditanya oleh pelanggan ; “ kalau nak jual semula nanti, nk jual kat siapa” , “ senang tak nak jual semula nanti” , “ boleh jual di mana-mana ka?”
-
Public Gold menjamin belian semula emas pelaburannya  tanpa banyak cerewet pada kadar susut nilai yang TETAP dan RENDAH. Jadi tak perlu risau. . Public Gold membuat belian semula bernilai Jutaan ringgit setiap hari .
-
Public Gold tidak menolak belian semula dari customer kepada dealer. Tapi dealer (berminat) pasti akan mengambil peluang membuat belian semula itu. Dan Public Gold sememangnya membenarkan hal  begitu untuk memberi peluang dealer berbusiness. Di samping dengan komisyen yang diberi oleh Public Gold>>> menjana keuntungan.
-
Sehingga hari ini matawang kertas masih lagi diguna pakai dan emas adalah sebagai “wealth protection”.  Oleh itu process penukaran emas kepada wang kertas harus lah mudah dan tidak memeningkan kepala.
-
PublicGold  menyediakan 18 cawangannya di seluruh negeri dalam Malaysia. System Urusniaga ‘lock price’  buy back 24/7 , 365 hari setahun. Tambah pula dealer2 yang berada di mana-mana.
-
Atas sebab itu jugalah INTRODUCER sangat penting supaya setidak-tidaknya sudah ada yang sanggup membeli semula emas anda yang hendak di jual semula.
-
Benar Public Gold menjamin belian semula emas. Namun atas kes2 tertentu , atas sebab keselamatan, Public Gold berhak membuat ‘inquiry’ kepada pelanggan yang menjual balik dan menolak belian balik sekiranya disyaki terlibat dalam urisniaga yang mencurigakan.
-
Kesimpulannya kombinasi SUSUT NILAI RENDAH dan mudah mencairkan emas merupakan 2 kriteria penting dalam pemilihan emas pelaburan. Bukan hanya sekadar paparan harga “sell” namun harga “buy ” dan susut nilai juga patut di sediakan. Bagi saya itu barulah ‘gentle’.  Bukan hanya papar harga jual sahaja.


Paparan harga lengkap "PG sell" dan "PG buy"

Sonntag, Juni 28, 2015

Wang dan Matawang


Wang ialah satu object juga berfungsi sebagai penyimpan nilai sebenar. Itulah hakikatnya yang di katakan wang sabagai ‘sesuatu yang menyimpan nilai sebenar’.
-
Matawang pula ialah medium pertukaran untuk memindahkan sesuatu nilai kepada nilai atau bentuk nilai ( aset ) yang lain. Wang adalah matawang tetapi matawang tidak semestinya wang.
-
Terdapat 3 jenis wang ; wang komoditi, wang fait , wang kredit yang setiap satunya mempunyai fungsi, kekuatan dan liability ekonomi yang berbeza.




Wang komoditi ialah wang yang boleh diterima pakai sebagai medium pertukaran (matawang) dan pada masa yang sama boleh didagangkan. Matawang berasaskan komoditi ini lebih stabil namun harganya masih boleh berubah. Contoh wang komoditi ni ialah Emas , perak dan logam beharga lain.
-
Wang fiat ialah wang yang nilainya ditentukan oleh kerajaan /golongan pemerintah / perundangan tanpa ada apa2 sandaran nilai sebenar. Wang fiat (sebagai contoh note kertas) dijanjikan oleh kerajaan akan nilai beliannya , selagi keadaan Negara /jajahan / ekonominya stabil. Jika kerajaan itu jatuh, jatuh bersama akan wang kertasnya.
-
Wang fiat menyelesaikan masalah wang komoditi dari segi kemudahan simpanan, kemudahan mobility, dan kemudahan pertukaran (cheque , elektronik dll). Namun masih gagal dari segi pengiktirafan nilai dan sah laku sewaktu ketidakstabilan dunia (perang).
-
Dollar Amerika susut 95% dari nilainya sejak 1913. Pada tahun 1933, wang Simpanan persekutuan tidak boleh membuat penebusan terhadap emas dan perak pada $20 per oz seperti yang di janjikan.
-
Pada 1971 , orang luar yang ke Amerika tidak boleh menebus wang kertas pada kadar $35 per oz. Pada tahun 2006, Dollar jatuh kepada $700 se oz.
-
Wang kredit  merupakan janji untuk pembayaran akan datang bagi tujuan membeli barang atau perkhidmatan. Wang mungkin tidak dapat di bayar segera pada waktu tuntutan dan terdapat risiko nilai bayaran menjadi tidak sama denga nilai yang di persetujui pada masa belian. Risiko melalui wang kredit di tanggung oleh pembeli dan penjual.
-
Sekiranya berleluasa, akan terjadi keadaan dimana wang tidak di bayar, maka pengeluar tidak dapat menghasilkan/menjual barangan atau membuat tawaran perkhidmatan. Bermaksud bekalan kurang dan harga akan tinggi. Dalam keadaan yang melampau , akan berlaku kemerosotan ekonomi.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Azali abu bakar
+60177626258
PG041775

Sonntag, Juni 21, 2015

Menjana keuntungan dengan menjadi Dealer Public gold


1)  Komisyen terhadap belian emas sendiri.


Bagaimana kita boleh menjadi Public Gold Dealer? Secara normalnya, kita perlu membuat belian min. bernilai RM30,000 dalam satu resit dan kita telah layak menjadi dealer, Normal Dealer (ND).  Dan apabila membuat belian KEDUA dan seterusnya, Public Gold akan membayar komisyen 1% (sebagai rebate) ke dalam akaun kita.  Jika membeli emas 1g 24K berharga RM150, bermakna komisyen yang di terima ialah RM1.50. Untuk pengetahuan, pada kadar 1g 24K emas, Harga emas public Gold adalah ~ RM25-RM30 lebih murah dari harga kedai. Sudahlah emas Public Gold murah dari kedai, dapat pula rebate. Untung ke tak untung?



2)   Komisyen terhadap jual Balik Emas Sendiri


Sewaktu beli, dah dapat komisyen. Dan kalau jual semula emas kita kepada Public Gold pun, kita dibayar komisyen jual semula sebanyak min 0.3% atas harga jualan emas itu. Kalau harga jualan balik emas bernilai RM5,000, dapat komisyen RM15. Benar, komisyennya tidaklah begitu banyak, tapi cukup untuk menampung perbelanjaan perjalanan ke Pejabat Public Gold untuk proses serahan jual semula itu.


3)  Komisyen jika introduce pembeli/customer 

Ada antara rakan-rakan kita yang selama ini telah memulakan pelaburan emas dengan membeli barangan kemas. Ada juga yang masih tertangguh-tangguh, masih tak yakin. Ada juga yang telah kerugian setelah menyertai skim-skim ‘pelaburan’ emas. Jadikan diri kita sebagai consultant dan rujukan kepada orang ramai. 
 

Ceritakan kepada rakan-rakan dan orang lain mengenai Public Gold . Pasti terdapat antara rakan-rakan kita yang berminat untuk tahu dan mendalami ilmu emas ini. Kongsilah manfaat-manfaat tentang menyimpan/pelaburan emas dan bagaimana untuk mengambil faedah dari Public Gold yang selama ini menyediakan platform pelaburan emas no 1 di Malaysia.


Komisyen yang di terima oleh Dealer yang menjadi introducer kepada customer adalah mengikut level Dealer.


1.0% : Normal dealer

1.5% : Priority Dealer

2.0% : Master Dealer

Jika total belian customer pada sesuatu bulan ialah RM20k, komisyen terendah seorang dealer akan dapat ialah RM200. Not bad la kan.. hasil sekadar bercerita dan berkongsi informasi di Facebook, Instagram dan blog. Sedar tak sedar, bulan itu dah dapat emsa 1g 24k percuma. JModal ilmu dan masa typing kita sahaja. Tambah2 kalau itu menjadi hobi kita untuk Menulis dan bermedia social. Bukankah Lebih baik dari melayan gossip-gossip liar?

4)  Belian emas pada harga ‘diskaun’ PG buy.

Semestinya akan ada customer atau perseorang lain yang akan ‘mencair’kan  semula emas mereka tatkala mereka memerlukan wang tunai. Ada customer yang berdekatan dengan pejabat Public Gold akan terus membuat jualan di sana. Akan tetapi ada juga customer yang ingin segera mendapat tunai, dan mengikut pengalaman, customer akan dahulu offer jualan kepada dealer/introducer mereka. Dan mereka tidak perlu berurusan di pejabat PG. Dealer berpeluang membeli emas public Gold pada harga diskaun antara 6% - 9% (pada harga ‘PG buy’ – 0% spread) .  Sudah beli emas pada kadar harga diskaun, what’s next?

a) Boleh kumpul dan simpan sendiri:

Jika di kumpul-kumpul, bermakna kita telah membeli emas pada harga rendah berbanding harga pasaran PG yakni 0% spread. Lagi banyak kita beli pada harga diskaun, lagi banyak future profit yang kita boleh jana. Pendek kata, gram emas bertambah, harga pergram murah dari pasaran. Best ke tak best?


b) Boleh dijual pada customer atau jual semula pada Public Gold:


Kalau dah banyak sangat kumpul, semestinya akan perlukan tunai utk rolling belian seterusnya, boleh lah jual sedikit. Sebarang kenaikan harga, 2%, 3% hatta 8% dalam pasaran, terus jual dan itulah profit semata. Jika belian semula dari customer terdahulu (PG buy)  bernilai RM14059 (100g), pada kadar 3% kenaikan harga pasaran emas, dan dijual pada customer lain pada kadar PG sell, profit yang di dapati ialah 3%+6% (spread) =9%.  Bersamaan RM1265.31. lagi tinggi dari dividen simpanan pelaburan lain. Mudah bukan?


Ok itu cerita pasal harga naik, kalau harga turun? Kalau harga turun, selagi tak jual selagi itu kita belum rugi. Dan kalau ada cash waktu harga turun lah boleh tambah gram dan lakukan averaging. Dan jika lebih ramai lagi orang yang nak beli waktu harga rendah, jualkan juga stock yang ada pada harga PGsell , pasti untung tapi tak sebanyak kiraan di atas tadi.


Kalau harga static? Dan jika tiada orang nak beli? Dealer boleh saja jual semula kepada Public Gold. Dan jualan semula kepada Public Gold, akan di bayar komisyen sebanyak 0.3%. RM14059 x0.3% = RM42.20 , lepas la kan duit minyak dan kita dpat balik cash kita.

Atas bawah depan belakang boleh recover semula cash kita jika kita beli dan simpan emas, Tambahan pula jika kita PUBLIC GOLD DEALER. LOW RISK OF LOOSING MONEY.

5)  Overriding komisyen dari belian dealer di bawah introduction kita.

Antara ramai customer yang beli emas, pasti akan ada layak menjadi dealer. Untuk menjadi dealer, seseorang mesti membuat belian sebanyak min RM30k dalam satu resit. Untuk pengetahuan, semua RM30k itu adalah TUKARAN WANG KE DALAM BENTUK EMAS, tiada yuran keahlian dikenakan dari portion tersebut. Dan sememangnya tiada yuran keahlian untuk menjadi dealar Public GOLD.


Mungkin ada yang merasa nilai RM30k itu banyak, tapi percayalah bahawa ramai di luar sana yang sanggup menukar amount tersebut dari sebahagian simpanan ASB dan Tabung  Haji mereka apabila mengetahui bahawa emas juga merupakan satu alternative simpanan yang selamat dan menguntungkan dalam mencapai cita-cita kewangan mereka.



Andai kata dealer yang di bawah  kita membuat belian, kita sebagai introducernya akan mendapat “overriding commission” dari Public Gold. Bagi customer kita yang pertama kali membeli RM30k (layak menjadi dealer) pada pertama kalinya, kita sebagai introducer akan menerima komisyen sebanyak 1% (normal dealer) , 1.5% (priority dealer) atau 2% (master dealer) mengikut level dealership kita. Pada belian kedua dan seterusnya oleh dealer baru itu (under introduction kita), Public Gold akan membayar lagi “overriding komisyen” kepada kita atas belian . Jika kita master dealer, dapat 1% dari belian normally dealer, dan dapat 0.5% dari belian priority dealer


****Di Public Gold, komisyen yang diraih adalah atas jualan dan secara tidak langsung atas 'consultancy' yang kita lakukan kepada orang ramai secara live atau online. lagi banyak customer yang kita engage dengan lagi besar legacy perniagaan yang kita bina. Semua network  yang kita bina adalah berpotensi sebagai pasiv income kepada kita pada bila-bila masa di masa hadapan. 
 


Pemasaran Media Sosial

[Jadi ‘CONSULTANT’, bukan ‘SALESMAN’.]



** image from google search


Kunci kepada pasaran media social ialah dengan membina rapport dengan golongan sasaran (customer). Atas sebab inilah, segelintir perniagaan seakan ‘tergelincir’ dari prinsip PMS.

Mereka membuat kesilapan dengan menganggap bahawa sosial media ialah tempat untuk menjual product atau perkhidmatan mereka.

Sebenarnya, PMS adalah satu  process dan langkah pertama dalam pemasaran untuk mewujudkan sata kandungan maklumat yang membolehkan para pembaca  mendapat informasi  yang berguna (mengenai sesuatu subjek) sehingga ingin berkongsi dengan rangkaian sosial mereka .

Seperti yang selalu dikatakan oleh sifu Mohd Zulkifli Shafie​. Teruskan berkongsi mengenai emas. Walaupun tak dapat 'like' , pasti ada silence reader. 'Jenamakan' diri kita sebagai orang yang mahir dalam subjek emas. Jadikan diri kita sebgai ‘CONSULTANT’ dan bukan ‘SALESMAN’. Yang penting bahan bacaan yang kita sajikan adalah sesuatu yang baik, berinformasi, dan positif.

Freitag, Mai 29, 2015

Risiko sebenar matawang dalam jangka masa panjang

Sejak sebulan 2 yang lepas harga emas telah melonjak naik ~16% . Namun bagi mereka yang menyimpan emas sebagai pelindung kekayaan , tidak begitu gusar samada harga naik atau turun kerana mereka amat memahami bahawa emas bukan sekadar “buy low sell high” malah lebih dari itu. Nilai intrinsit emas adalah terletak pada emas itu sendiri dan bukan pada nilai RM yang disandarkan padanya semata-mata. Jadi mereka ini lebih tenang dan menyifatkan bahawa “ harga naik untung, harga turun lagi untung”
-
Dengan perancangan kewangan yang betul, mampu tersenyum pada kedua2 situasi. Setiap komoditi ada naik dan turun harganya. Namun emas berbeza dengan matawang, di mana kejatuhan nilai matawang adalah kekal walaupon nombornya menunjukkan kadar yang sama.



Risiko matawang.
=============


1) Nilai Ringgit jatuh
-----------------------------


Pada Januari 1997 : 1USD – RM2.5 , sehingga 1998 sewaktu ekonomi semakin gawat , nilai menurun sehingga RM4.7 pada Januari 1998 sehinggalah ringgit di tambat pada RM3.8 pada akhir 1998. Walaupon sehingga kini ringgit telah pulih ke RM3.10 namun kebolehan belian telah berkurangan akibat harga barang naik dan tidak turun2. Dan kini 2015 kembali merosot sehingga RM3.60. itu berbanding USD, malah dengan Negara jiran, Singapore pon ringgit menyusut. Dari tahun 1997 sehingga kini 2015 , nilai tukaran merosot sebanyak 44%.




 
Apabila matawang kita lemah, beerti kebebasan kita umpama di ‘rompak’. Contohnya; Orang luar boleh bercuti dengan murah di Negara kita. Tapi kita terpaksa berjimat cermat berikat perut kerana terpaksa merencana pembelanjaan tatkala gaji tidak bertambah dikala barang semakin mahal. Namun rakyat asing berduyun2 membeli hartanah ratusan ribu ringgit, kita masih lagi merintih.
-
Bayangkan duit simpanan selama 20 tahun =250k untuk membeli rumah, namun bila tiba masa, RM250k itu sudah tidak boleh membeli rumah yang seperti dirancang.
-
Itulah RISIKO MATAWANG SEBENARNYA. Umpama kita sakit namun kita tidak sedar kita sedang sakit. Sesuatu yang bahaya.
-
Dikala matawang kertas mengalami krisis kejatuhan dan kemerosotan nilai, Emas tidak pernah kehilangan Nilai sebenar sejak 1400 tahun dahulu.

1dinar emas masih setara dengan seekor kambing.




Sumber BnM.
_______________________________________________________________________


Ingin tahu lebih mengenai emas? Saya bant
u

Azali abu bakar
Public Gold Authorized Dealer
PG041775
+60177626258