Mittwoch, Mai 27, 2015

Per gram vs per sqft : Kumpul emas , beli Rumah

Rata-rata harga rumah sekarang antara RM400 psft – RM700 psft mengikut kawasan dan jenis.
Semakin besar build up area, semakin murah harga psft.

RM360+ psft : semakin rare, biasanya harga untuk keluasan 1500sft++
+-RM 450psft – RM 650psft harga normal bagi apartment di kala ini ; bagi keluasan 500sqft-1000sqft.

Kedengaran harga per sqft sangat mampu milik berbanding harga sebenar sebuah rumah atau apartment. (multiply build up area)

Bayangkan jika kita boleh membeli rumah dalam kuantiti per sqft sedikit demi sedikit dan akhirnya menjadi satu rumah lengkap. Pasti tiada masalah dalam pemilikan rumah bagi setiap orang.
Namun perkara sedemikian tak mungkin berlaku.

Walaubagaimana pon dengan EMAS kita boleh membeli sekecil-kecil 1gram pada harga yang mampu milik iaitu pada RM140-RM160 pergram, atau serendah 1 Dinar pada harga kini sekitar RM640 yang dianalaogkan kepada harga per sqft rumah kediaman.

Dengan Emas kita boleh kumpul sedikit demi sediki sehingga 1kg-2kg yang harga boleh mencecah harga RM300k hampir harga sebuah rumah kediaman. 

Tapi kita tidak boleh membeli rumah pada per square feet basic.
Mungkin terlalu ambitious (makan masa) untuk kumpul emas dan beli cash. Namun bagi pelajar yang pandai menguruskan kewangan, belian segram emas setiap bulan atau setiap 2 bulan adalah tidak mustahil. Selama 4 tahun, setelah tamat pengajian. Hasil emas boleh digunakan utk deposit belian rumah, atau bagi tujuan lain. Pendek kata, asalkan ada saving. Ingat. Emas dapat mengelakkan kebocoran wang.

Ya,harga Emas ada naik turun, jika harga naik, semakin cepatlah rumah boleh dibeli, namun bila harga emas jatuh, belilah emas sebagai penambahan gram. Secara prinsipnya begitu, namun tekniknya bole jadi berlainan, berbeza antara individu.

InsyaAllah.


_________________________________________________________________________

Azali Abu Bakar
PG 041775
+60177626258

Keine Kommentare:

Kommentar veröffentlichen