Mittwoch, Mai 27, 2015

Jangan buang masa dengan bertangguh, putuskan plan kewangan anda segera



Apabila terfikir untuk melaksanakan suatu idea atau ada peluang yang baik, maka janganlah bertangguh. Kerana sesuatu yang tertangguh akan terus tertangguh dan kekesalan akan terbit bila orang lain yang merealisisikannya dan kita akan merasakan 

"Ishh... rugi aku tak buat dulu idea aku tu.." 

atau

"Rugi tak grap peluang dulu tu... mamat tu dah sapu.."

 ■
Pada sekitar tahun 2010 sewaktu Ali (nama tipu) hendak membeli sebuah kediaman, beliau telah mencongak sebuah apartment yang berpotensi memberi nilai wang terbaik pada masa hadapan. Waktu itu beliau baru mula bekerja. Harga apartment tersebut pada ketika itu ialah dalam lingkungan RM110k-115k dan kerap masuk listing mudah.

Ali membuat sedikit kaji selidik dan mendapat info yang LRT bakal terbina berdekatan dengan apartment tersebut. Akan tetapi dengan sedikit 'hal remeh temeh' membuatkan Ali nertangguh-tangguh (konon nak cari lagi murah) pembelian sehingga dari tahun ke tahun harga apartment tersebut meningkat di depan mata. Dari RM115k+ menjadi 120k++ dan sehingga suatu masa menjadi RM160+ dalam masa 2 tahun.

Ali mula merasa nyesal kerana tidak bertindak awal. Dan mula mencari semula deal sekitar RM120k itu. Tapi tidak jumpa sama sekali. Padan muka Ali. dipendekkan cerita, dengan tekad dan usaha carian, dapatlah Ali membeli direkt owner dengan harga RM140k. Murah sedikit dari harga tawaran semasa agent RM160k (sampai tak bole nak nego langsung). Dan kini pembangunan rancak sekitar apartmentnya termasuk LRT walking distance menggembirakan Ali. MV mencecah RM250k sewaan RM1k+. Alhamdulillah.

Pokok pangkalnya, jika kita dah ada idea dan hati kuat untuk merealisasikannya, dan diyakinkan lagi dengan kajian dan pembacaan mengenai suatu-suatu potensi pelaburan dengan kiraan risiko pada kadar munasabah, Maka laksanakanlah.





image from google

Di era sekarang tidak susah untuk mendapatkan info dan ilmu dari mereka yang telah melakukannya dan berjaya. Maka belajarlah dan laksanakan mengikut acuan dan garapan sendiri. Prinsip sama, teknik saja berlainan.
-
Seperti juga dalam buku 'The richest man in babylon' prinsip kewangan yang diajar adalah simple dan 'evergreen' walau kisah yang ditonjolkan adalah bersuasanakan zaman silam. 




Ilmu tanpa amal adalah sia-sia, amal tanpa ilmu adalah gila.
-
Kesudahannya, kita tidak akan menyesal jika gagal, sebaliknya menyesal kerana tidak mencuba.


Wallaua'lam.
________________________________________________________________________

Azali Abu Bakar
PG041775
+60177626258

Keine Kommentare:

Kommentar veröffentlichen