Mittwoch, Mai 27, 2015

Emas murah atau mahal? Lakukan penanda aras sendiri.



◆ Ramai sedia maklum akan kelebihan emas dan peranannya terhadap ‘wealth protection’. Walaupon telah faham, namun kekangan seterusnya ialah mengenai harga belian. Takut2 membeli emas di kala harga mahal. Justeru tertangguh pembelian dek kerena menunggu ‘harga paling murah’

◆ Harga pasaran emas bergantung kepada pelbagai perkara yang berlaku di sekeliling dunia yang tak mungkin dapat kita kawal. Namun apa yang boleh kita control ialah harga belian sendiri yakni sebagai ‘Penanda aras harga sendiri’


Penanda aras harga sebenar.
-----------------------------------------

 

lakukan sendiri penanda aras anda.

◆ Sebagai contoh (gambar) 1 dinar pertama di beli pada harga RM673, pada ketika ini , harga ca. Sekitar RM634. 



◆ Ini bermaksud harga kala ini adalah lebih murah berbanding harga belian pertama. Jadi, itu lah harga murahnya. Sila beli.

◆ Dalam simpanan sekarang ada 2 Dinar di mana harga setiap satunya ~RM654. Kelebihan teknik averaging.

1) harga belian tinggi dapat di kurangkan.
2) gram (kuantiti) emas bertambah.

Dan yang paling penting sekali , kita telah MULA menyimpan emas. 

image from google


◆ Alangkah ruginya jika seseorang mempunyai pengetahuan berkenaan kelebihan dan kepentingan Emas namun tidak mula menyimpan atas faktor ‘tunggu harga paling rendah’


◆NILAI emas ada pada gramnya , dimana HARGAnya ialah hanya pertukaran ‘nilai’ terhadap sesuatu matawang. 

◆Gram emas takan menyusut dengan sendiri, tapi matawang akan menyusut tanpa disedari.
_________________________________________________________________________

Azali Abu Bakar
PG 041775 (Public Gold Authorized Dealer)

+60177626258

Jangan buang masa dengan bertangguh, putuskan plan kewangan anda segera



Apabila terfikir untuk melaksanakan suatu idea atau ada peluang yang baik, maka janganlah bertangguh. Kerana sesuatu yang tertangguh akan terus tertangguh dan kekesalan akan terbit bila orang lain yang merealisisikannya dan kita akan merasakan 

"Ishh... rugi aku tak buat dulu idea aku tu.." 

atau

"Rugi tak grap peluang dulu tu... mamat tu dah sapu.."

 ■
Pada sekitar tahun 2010 sewaktu Ali (nama tipu) hendak membeli sebuah kediaman, beliau telah mencongak sebuah apartment yang berpotensi memberi nilai wang terbaik pada masa hadapan. Waktu itu beliau baru mula bekerja. Harga apartment tersebut pada ketika itu ialah dalam lingkungan RM110k-115k dan kerap masuk listing mudah.

Ali membuat sedikit kaji selidik dan mendapat info yang LRT bakal terbina berdekatan dengan apartment tersebut. Akan tetapi dengan sedikit 'hal remeh temeh' membuatkan Ali nertangguh-tangguh (konon nak cari lagi murah) pembelian sehingga dari tahun ke tahun harga apartment tersebut meningkat di depan mata. Dari RM115k+ menjadi 120k++ dan sehingga suatu masa menjadi RM160+ dalam masa 2 tahun.

Ali mula merasa nyesal kerana tidak bertindak awal. Dan mula mencari semula deal sekitar RM120k itu. Tapi tidak jumpa sama sekali. Padan muka Ali. dipendekkan cerita, dengan tekad dan usaha carian, dapatlah Ali membeli direkt owner dengan harga RM140k. Murah sedikit dari harga tawaran semasa agent RM160k (sampai tak bole nak nego langsung). Dan kini pembangunan rancak sekitar apartmentnya termasuk LRT walking distance menggembirakan Ali. MV mencecah RM250k sewaan RM1k+. Alhamdulillah.

Pokok pangkalnya, jika kita dah ada idea dan hati kuat untuk merealisasikannya, dan diyakinkan lagi dengan kajian dan pembacaan mengenai suatu-suatu potensi pelaburan dengan kiraan risiko pada kadar munasabah, Maka laksanakanlah.





image from google

Di era sekarang tidak susah untuk mendapatkan info dan ilmu dari mereka yang telah melakukannya dan berjaya. Maka belajarlah dan laksanakan mengikut acuan dan garapan sendiri. Prinsip sama, teknik saja berlainan.
-
Seperti juga dalam buku 'The richest man in babylon' prinsip kewangan yang diajar adalah simple dan 'evergreen' walau kisah yang ditonjolkan adalah bersuasanakan zaman silam. 




Ilmu tanpa amal adalah sia-sia, amal tanpa ilmu adalah gila.
-
Kesudahannya, kita tidak akan menyesal jika gagal, sebaliknya menyesal kerana tidak mencuba.


Wallaua'lam.
________________________________________________________________________

Azali Abu Bakar
PG041775
+60177626258

Per gram vs per sqft : Kumpul emas , beli Rumah

Rata-rata harga rumah sekarang antara RM400 psft – RM700 psft mengikut kawasan dan jenis.
Semakin besar build up area, semakin murah harga psft.

RM360+ psft : semakin rare, biasanya harga untuk keluasan 1500sft++
+-RM 450psft – RM 650psft harga normal bagi apartment di kala ini ; bagi keluasan 500sqft-1000sqft.

Kedengaran harga per sqft sangat mampu milik berbanding harga sebenar sebuah rumah atau apartment. (multiply build up area)

Bayangkan jika kita boleh membeli rumah dalam kuantiti per sqft sedikit demi sedikit dan akhirnya menjadi satu rumah lengkap. Pasti tiada masalah dalam pemilikan rumah bagi setiap orang.
Namun perkara sedemikian tak mungkin berlaku.

Walaubagaimana pon dengan EMAS kita boleh membeli sekecil-kecil 1gram pada harga yang mampu milik iaitu pada RM140-RM160 pergram, atau serendah 1 Dinar pada harga kini sekitar RM640 yang dianalaogkan kepada harga per sqft rumah kediaman.

Dengan Emas kita boleh kumpul sedikit demi sediki sehingga 1kg-2kg yang harga boleh mencecah harga RM300k hampir harga sebuah rumah kediaman. 

Tapi kita tidak boleh membeli rumah pada per square feet basic.
Mungkin terlalu ambitious (makan masa) untuk kumpul emas dan beli cash. Namun bagi pelajar yang pandai menguruskan kewangan, belian segram emas setiap bulan atau setiap 2 bulan adalah tidak mustahil. Selama 4 tahun, setelah tamat pengajian. Hasil emas boleh digunakan utk deposit belian rumah, atau bagi tujuan lain. Pendek kata, asalkan ada saving. Ingat. Emas dapat mengelakkan kebocoran wang.

Ya,harga Emas ada naik turun, jika harga naik, semakin cepatlah rumah boleh dibeli, namun bila harga emas jatuh, belilah emas sebagai penambahan gram. Secara prinsipnya begitu, namun tekniknya bole jadi berlainan, berbeza antara individu.

InsyaAllah.


_________________________________________________________________________

Azali Abu Bakar
PG 041775
+60177626258

Rahsia pelabur emas yang tenang


Ketika seseorang mula untuk membeli emas, akan terdetik emosi "takut rugi" tatkala harga jatuh selepas membeli emas pertama.
-
Perasaan ini normal, dan sememangnya harga emas akan ada naik turunnya sapanjang tahun, bahkan setiap masa. Di Public Gold, harga berubah setiap 20minit. Di sini >>  Harga emas Public Gold
-
Saya juga tidak terkecuali dari beremosi begitu seawal pembabitan diri dalam 'gold saving'. Namun dengan prinsip dan teknik yang betul melalui bimbingan mentor, hal remeh tersebut dapat di atasi. Dan sekarang, sebagai 'gold saver', yang menyimpan emas sebagai wealth protection, saya tidak kisah harga naik atau turun.
-
Ada lebihan duit, beli emas. Jika emas harga naik, saya suka sebab nilai kekayaan meningkat. Harga turun pun saya suka sebab berkesempatan untuk menambah beli emas pada harga rendah. Mengambil peluang menambah gram emas kata orang.
-
Bagi yang berminat untuk mencebutkan diri dalam 'gold saving & investment'; perkara2 berikut harus diberi perhatian:


1) Gunakan duit simpanan jangkamasa panjang untuk membeli emas. Pastikan simpanan cukup untuk digunakan jika ada kecemasan. Jangan beli emas dengan membuat pinjaman. Jangan sama sekali.

2) Belilah emas dengan 'mindset' untuk simpanan emas (wealth protection). Beerti menukarkan sedikit duit kepada sandaran yang mempunyai nilai sebenar. Jangan mula membeli emas untuk spekulasi. Takut-takut tak menjadi, jiwa kacau.

3) Beli sedikit dahulu. Dapatkan feel dan jadikan belian pertama sebagai 'benchmarkt' harga untuk rujukan kepada pembelian seterusnya. Gunakan dan fahami konsep 'averaging'. Antara faktor seseorang yang berniat nak mentimpan emas tetapi masih tidak membeli adalah kerana menunggu harga rendah. 

4) Tidak perlu kerap pantau harga. Ini boleh mengganggu emosi. Lihat harga ketika hendak membeli atau jual. Atau bagi yang berniaga emas, ketika orang bertanya. Jika kita berkawan dengan 'gold lover' yang lain pastinya kita akan kerap mendapat update mengenai harga emas tanpa kita sendiri yang melihat.
-
Bila dah master dan 'imune' dengan emosi naik turum harga emas, baru lah tenang. Dan pada masa itu, segala urus niaga transaksi emas dengan pelanggang akan menampakkan riak wajah muka happy dan confident.
-
Mulakan kumpul sebagai saving bila dan dpt feel dan bertambah ilmu, berniagalah emas dan secara automatiknya kita akan menjadi pelabur emas.
-
InsyaAllah.


image from google
__________________________________________________________________________

Azali Abu Bakar
PG041775
+60177626258

Quick win : Menambah pendapatan.

Memulakan perniagaan tak semestinya bermodalkan beribu-ribu, dan untung beribu-ribu ,
Dengan perniagaan, x semestinya memberi hidup senang lenang dengan kadar segera dan yang indah-indah macam kebanyakkan drama.
Perniagaan adalah apa saja process jual beli yang berulang-ulang yang boleh menjana pendapatan tanpa mendiskriminasi besar atau kecil untungnya.
Mudah.

◆Ambil order belikan nasi lemak untuk kengkawan, untung 50sen sebungkus , samada mark-up atau dapat nego murah dengan Makcik Senah, terpulang.

◆Buat sendiri sandwich dan jual, ada profit margin dan dapat untung.

◆Beli barang secondhand, refurbish, jual semula, ada profit margin, dan dapat untung.
Dan apa2 saja aktiviti yang bole memberi surplus dari modal yang dikeluarkan.

Mulakan dengan modal rendah atau zero modal. Tidak semua orang mempunyai modal cash tetapi semua orang ada 'usaha'.

Kalau awal2 permulaan telah meletakkan matlamat utama hendak membeli kereta, beli rumah dengan keuntungan perniagaan, dengan meletakkan harapan untung beribu juta lemon, sememangnya perniagaan tersebut hanya sekadar angan-angan dalam kepala. Kebarangkalain tinggi tidak bermula.
Sebaliknya, bina matlamat yang mudah dulu. Seperti,

"aku nak cover bill internet dan telco"

Lepas itu up lagi

"nk buat bayar duit bulan-bulan kereta pula"

Next

"nak cover susu dan pampers anak"

then

"nak cover bayarkan kereta wife juga" dan seterusnya.

Itu lebih realistik, sesuatu yang dekat dan berkisar dalam kehidupan. Selesaikan ‘masalah’ yang relevant dengan kehidupan kita. Dapat membina keyakinan dan motivasi atas rasa berbaloi, dan rewards dari perniagaan boleh dinikmati pada kadar segera.

Apa kesannya di situ? Duit gaji kita terkumpul dalam bank, semakin hari semakin berkepuk tak terisik atau untung berniaga kecil-kecilan di buat simpanan, sikit-sikit jadi bukit.

Apa yang lebih penting ialah langkah pertama MEMULAKAN PERNIAGAAN telah diambil dan seterusnya akan dipelajari selari dengan perkembangan perniagaan.

Prospek berniaga Emas.


Satu karektor mengenai emas yang menjadikannya sebagai barang niaga yang baik ialah tiada 'tarikh luput'. Tidak berkarat dan mereput.
-
Sebagai peniaga emas, jika ada yang meyimpan stock, tiada kerisauan akan emas terpaksa dilupuskan.
-
Dalam keadaan apa jua sekalipun emas dapat di tukar kepada duit Samada pada harga tinggi atau rendah.
-
Jika harga rendah, volum jualan akan meningkat.
-
Pada harga tinggi, (kemungkinan tiada ramai yang membeli ) namun, pemegang stock emas, boleh menjual semula untuk 'dicair'kan kepada duit (keuntungan) dari harga belian terdahulu yang rendah.
-
Bagi peniaga emas, segala stock yang ada itu adalah 'duit' yang boleh dicairkan dengan jualan semula (bila harga tinggi) dan jual kepada pelanggan (bila pelanggang ramai sewaktu harga murah)
-
Harga emas tak selalunya naik ke tahap yang menguntungkan dalam masa singkat. Oleh itu penting bagi mereka yang ingin saving, melabur dan berniaga emas tahu akan :

1) Averaging : membeli secara consistant berdikit-dikit untuk merendahkan (mendekatkan) harga belian kita terhadap harga semasa
2) Spread. : beza susut nilai antara harga belian dan harga jual semula. Lagi kecil susut nilai lagi bagus. Kerana itulah kaedah averaging digunakan.
-
Untuk memenuhi perkara (1) dan (2). Saya menggunakan platform Public Gold kerana boleh memberi supply yang konsistan, yang tak putus dan bekalan sentiasa ada. Juga memberi jaminan belian semula pada apa jua keadaan harga.
-
Juga paparan harga "PG SELL" dan "PG BUY" yang telus, membolehkan pelanggang membuat perancangan belian. Yang penting susut nilai yang kecil berbanding emas lain (mengikut apa yang saya study sebelum memulakan pelaburan emas)



_____________________________________________________________________

Azali Abu Bakar
PG 041775
+60177626258

Mittwoch, Mai 06, 2015

Ada apa dengan komisyen 1% sebagai dealer ?




Ada yang menganggap komisyen 1% adalah sedikit. Ya, betul. Jika sales RM1000, efektif komisyen ialah RM10. Kalau jual 1dinar ~rm630 , komisyen diterima ialah RM6.30. Jual emas 1gram RM150 dapat RM1.50. Kita akan nampak ganjarannya yang sedikit jika ditahkikkan kepada matawang. Itu adalah mind-biasa.
-
Apabila difikir dari sudut 'minda-emas', pastinya keuntungan sebenar adalah beyond komisyen 1%. Harus diingat, ini adalah emas. Bukan barang niaga kebanyakkan.
-
Pernah terdengar rintihan "aku beli emas 3 tahun dulu tapi sampai sekarang belum untung."?
-
Ini disebabkan spread ; 'we sell vs we buy'. Kalau dapat untung, kenaikan harga pasaran mestilah melepasi nilai spread. Ini basic. Jika spread 10%, kenaikan mestilah at least 11%. Baru untung 1%.
-
Apa yang ditawarkan di Public Gold, bukanlah semata-mata 'monetary' reward tapi disebaliknya ialah pemilikan harta jangkamasa dalam panjang. [
http://www.azaliabubakar.blogspot.com/2015/04/menjana-keuntungan-dengan-emas.html ]
-
Katakan dealer membeli emas 1g pada spread 8%. Dan sebagai dealer, akan mendapat 1% komisyen atas setiap jualan kepada customer dan belian sendiri.
-
Jika dealer dapat menjual 8g kepada customer (dan dealer kemudian membeli simpan sendiri 1g-juga dpt 1%), komisyen jualan kpd customer ialah 8%.
-
Bermaksud dealer dah berjaya berapa on par dengan spread; means 0% spread (atau +1% jika diambil kira komisyen belian sendiri) spread. So sebarang lonjakan harga walau 2% adalah profit kepada dealer jika beliau menjual semula 1g nya itu. Itu dalam skala kecil. Bayangkan dalam skala besar, sila multiply.
-
Kesimpulannya jangan dipandang kecil kepada komisyen 1%. Kerana tak sama akan seorang yang menjual Emas dan barang lain.
-
Komisyen 1% itu hanyalah sebagai leverage untuk menjana kekayaan dalam emas dalam jangka masa panjang. Itu baru komisyen 1%. Bayangkan dengan komisyen maximum 2%?
-
Jika masih memandang komisyen 2% itu masih sedikit, boleh WA utk penjelasan lanjut:
-
Saya tak janjikan keuntungan atau pulangan tetap, tapi beri jalan bagaimana keuntungan boleh dijana dengan emas  . [
http://www.azaliabubakar.blogspot.com/2015/04/menjana-keuntungan-dengan-emas.html ] Pelaburan secara selamat atas manfaat2 berikut.

InsyaAllah.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Azali abu bakar
+60177626258
PG041775.


Kelebihan dan sebab kenapa harus menyimpan emas


[Emas rizab keluarga]

#emassejakazali


1) Sebagai legasi kekayaan,  emas  ialah satu 'aset' mudah disimpan yang menyimpan nilai sepanjang zaman yang boleh diwarisi kepada anak dan cucu dengan mudah tanpa perlu pengurusan dari segi perundangan. Tanpa disedari orang kita telah lama melakukannya. Nenek memberi rantai dan cincin kepada ibu dan ibu memberikan kepada anaknya. Ada yang memesan "simpan selagi boleh, jangan dijual selagi tak terdesak nak guna duit"
-
2) kekayaan yang mudah alih. Seandainya berlaku apa2 kecemasan  kekayaan dapat dipindahkan kawasan yang lain bersama tuan. Emas bernilai RM150k boleh di dimasukkan ke dalam poket atau beg sandang dengan sekelip mata. Namun wang bernilai RM150k adalah banyak untuk dilarikan ke mana-mana. Pengeluaran dari bank memakan masa di mana memerlukan bermacam-macam procedure untuk pengeluaran wang sebanyak itu sekaligus.
-
3) bertepatan dengan slogan " ultimate wealth protection" , emas merupakan insurance andaikata seduatu kerajaan atau ekonomi sebuah negara itu ranap. Matawang langsung tak laku manakala gold survive dan masih mempunyai nilai di serata dunia.  Emas menjadi "dana memulakan kehidupan baru" . Pada bila2 masa di mana2 jua.
-
4) Satu organisasi "yang berkuasa" dalam dunia ini ; bank-bank pusat, hanya ingin memiliki 1 aset maka aset itu harus menarik perhatian kita . Bank-bank pusat yang mencetak matawang sebagai 'penyimpan nilai' untuk kegunaan rakyat sejagat, namun bank2 ini jugalah yang membeli dan menyimpan emas fizikal bukan tanah, bukan rumah, bukan minyak . Mereka memiliki Emas!! Jika menyimpan emas adalah baik dalam organisasi kewangan negara, maka ianya juga cukup baik untuk saya dan keluarga saya.
-
5) Emas tidak pernah jatuh ke sifar. Nilai sifar untuk emas tidak pernah berlaku dan pakar mengatakan ia tidak akan berlaku. Process untuk mendapatkan 1dinar emas, adalah atas usaha beratus-ratus orang di balik tabir. Malah mejangkau cost ribuan ringgit jika dipertimbangkan keseluruhan operasi ; eksplorasi emas, pengeluaran, 'refinement' dan penghantaran. Walaupon boleh dinilai emas berbanding nilai matawang, yang ada naik turunnya, namun nilai intrinsic emas tetap 'melekat' walau menjadi debu sekalipon.
-
6) Emas adalah unit yang sama walau berasal dari negara berlainan, tidak kira di mana ianya dilombong dan berapa lama ia tersimpan; tiada tarikh luput. 10g di Malaysia sama dengan 10g di London. Berbeza dengan matawang fiat, bila berada di luar sempadan negara asalnya, maka sudah tidak diterima umum. Contoh RM3.50 menjadi 1USD. Ada matawang yang sama sekali sampai 'luput tarikh' nya, dah tak laku.
-
7) Dengan menyimpan emas, harta kita itu bersifat 'peribadi' tiada rekod, tiada yang tahu berapa kita ada. Tiada track akaun dari bank. Emas adalah rekod 'luar buku kewangan'. Tambahan pula dalam era digital, akaun matawang mudah dibekukan, dirampas dan dikesan. Seandainya semua harta disita dan akaun bank dibekukan, dengan adanya reserve emas kita masih boleh survive.


image from google


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Azali abu bakar
+0177626258.
PG041775

kriteria emas pelaburan




Jika membeli emas sebagai medium pelaburan masa panjang, pertimbangkan perkara-perkara berikut.

1) harga rendah
-----------------------
Semestinya membeli pada harga yang rendah lebih cepat menguntungkan. Lihat harga PG di sini
https://tinyurl.com/emassejakazali dan bandingkan. Paparan harga yang jelas dan telus. Pasti lebih murah.



2) stok banyak dan belian tiada had.
---------------------------------------------------

penting kerana pada saat harga rendah dan 'baik' (atau pada bila2 masa), customer boleh membeli dengan suka hati dan syarikat tiada masalah untuk membekalkan stock yang mencukupi kepada setiap pelanggan. Tidak timbul isu putus stock semasa 'buying frenzy'.


3) susut nilai rendah
-----------------------------

Emas PG mempunyai susut nilai antara 5%-10% dan fix berdasarkan gram fizikal emas. Sekali gus membuatkan harga belian semula oleh syarikat adalah tinggi.


4) Urusan jual balik yang mudah
--------------------------------------------
Pastikan syarikat boleh memberi jaminan yang mereka akan beli semula pada setiap masa dalam apa juga keadaan harga pasaran harga. Juga tidak memilih dalam menerima emas jualan semula samada calar kemek atau bengkok. Syarikat mempunyai kewangan yang kukuh bagi membuat belian semula semasa "mass-buyback"


5) Banyak cawangan/mudah berurusan jual-beli.
---------------------------------------------------------------------
Mudah untuk berurusan di mana2 cawangan berdekatan. Di samping urusan perniagaan via online dan smartphone apps secara 24/7 bila-bila masa di mana jua. Public gold mempunyai 18 cawangan di hampir setiap negeri. Menjadikan urusan jual beli lebih mudah hatta sewaktu 'balik kampung'


6) Bebas GST
---------------------
Kriteria terbaru sejak april 2015. Jelas, 6% kenaikan (jika dikenakan) akan membuatkan harga emas 'mahal' disebabkan 'unnecessary-cost' dan tidak memberi nilai intrinsik kepada emas. Untuk pengecualian GST penapisan/pengeluaran emas mesti melalui LBMA.

 


.

Azali abu bakar
PG041775
+60177626258













Sonntag, April 26, 2015

Menjana keuntungan dengan emas


Sebelum kita menjana keuntungan dari Emas, harus diinginat bahawa

■ Emas merupakan pelaburan jangka masa panjang. Dan akan dapat di lihat hasil nya dalam masa setahun sehingga 5 tahun.

■ Konsep emas ialah mulakan sekarang. Beli sekarang dan tunggu. Bukan tunggu masa sesuai atau harga rendah untuk bermula. Nescaya kita tidak akan bermula langsung.

■ Harga pasaran emas ada naik dan turunnya, namun ianya menaik dalam jangka masa panjang.

■ Pelaburan emas tidak menjamin pendapatan wang secara tetap setiap bulan mahupun tahunan. Jika tefikir untuk mendapat pulangan setiap bulan apa yang mesti dibuat ialah berniaga emas. Melabur sambil berniaga emas amatlah lumayan.

■ Kejayaan pelaburan emas adalah tidak same sekali kerana skim2 atau janji2 manis pulangan tetap wang ringgit. Tetapi atas ILMU dan PENGETAHUAN berkenaan Emas, bagaimana & dari mana untuk membeli emas dan perancangan kewangan peribadi.


Saya berminat. Apa yang perlu dilakukan?

■ Mulakan sekarang : Do it Now

■ Beli secara konsisten : Biarpun sedikit-sedikit, jangan terlalu risau akan tinggi rendah harga emas, akan berlaku ‘averaging effect’ di situ. Harga pasaran dunia tidak akan dapat diramal secara pasti, namun apa yang pasti ialah gram emas bertambah jika dibeli secara konsisten.

■ Tambah stok gram emas di kala harga rendah (sekarang).

■ Penting sekali ialah tambah ilmu dan banyak membaca mengenai emas dan financial.

■ Carilah juga mentor dan otai-otai yang telah lama berkecimpung dalam arena pelaburan Emas, berguru dengan mereka. 


*image from google

 
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Azali Abu Bakar
PG 041775
+0177626258
azaliabubakar@yahoo.com

FB: Azali A Bakar
#emassejakazali
 

 
 

Gold Accumulation Program [GAP]

Umum telah mengetahui akan maanfaat emas dan ingin menyimpan emas fizikal. Namun masih ragu-ragu untuk menyimpan sendiri, takut2 hilang atau atas faktor keselamatan. Hendak disimpan di bank atau di safe deposit adalah satu perkara yang renyah dan memakan belanja pada pertimbangan sesetengah orang. Banyak bank-bank yang menawarkan program penyimpanan emas melaui akaun tetapi ada antaranya tidak patuh syariah.
 
Bagi mengatasi masalah ini, Public Gold [PG], yang merupakan syarikat emas fizikal pertama di malaysia, telah melancarkan program Gold Accumulation Program [GAP] sebagai cara alternativ kepada orang ramai untuk mengumpul emas fizikal. orang ramai boleh membeli emas serendah 1gram melalui GAP dan simpanan secara percuma oleh PG sehingga anda membuat pengeluaran emas fizikal tersebut. GAP ini adalah 100% di’back up‘ oleh emas fizikal. Pengeluaran emas fizikal boleh dilakukan pada bila-bila masa (kecuali pada hari pejabat cawangan ditutup) di mana-mana cawangan Public Gold seluruh negara.

 



 
Antara kemudahan GAP Public Gold :

[1]  Masa urusniaga beliaan GAP secara online 24/7, 365 hari setahun. Boleh beli dan jual secara online, day and night.

[2] Belian bar emas ketulenan 99.99 serendah 1g dan juga tiada had belian pada gandaan 1g. Budjet belian 1g serendah RM150-RM200 (mengikut harga semasa dunia)

[4] Selagi emas fizikal tidak di keluarkan, emas akan berada dalam simpanan Public Gold secara PERCUMA (selesai masalah dilemma simpanan). Simpanan ini tiada had masa dan tiada limit maximum kuantiti gram emas.

[5] Emas fizikal boleh di keluarkan pada bila2 masa di semua cawangan Public Gold seluruh Malaysia. Boleh di keluarkan semua atau sebahagian dari simpanan emas yang ada.

[6] Walaubagaimanapun, untuk memastikan akaun GAP kita masih aktif, hendaklah ditinggalkan baki sekurang-kurangnya 1gram . sekiranya dikeluarkan semua, akaun dianggap tidak aktif dan caj RM50 di kenakan sebagai yuran pengaktifan sekiranya ingin akaun kembali aktif.

[7] Caj ‚Gold premium‘ sebanyak RM5 [bagi 1 gram fizikal] hanya akan di kenakan sekiranya emas fizikal itu di keluarkan dari GAP, berdasarkan kombinasi item Emas yang dikeluarkan.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Azali Abu Bakar
PG 041775
+0177626258
azaliabubakar@yahoo.com

FB: Azali A Bakar
#emassejakazali

 

Samstag, April 25, 2015

Membeli Emas via GAP

Ingin memulakan simpanan Emas melalui GAP? Ikuti Caranya  di sini.

#1:Semak harga semasa GAP

Rujuk harga semasa di sini Harga Public Gold . Harga emas 1gram GAP akan di kemaskini sekali setiap hari pada jam 12:00 tengah Malam.

 

 #2: Membuat bayaran ke akaun Public Gold.
 
Bayaran di buat mengikut gandaan jisim belian i.e 1g atau 2gram (dan seterusnya). Harga 1gram adalah berdasarkan paparan semasa pada hari belian tersebut. 

Contoh : Harga hari ini RM149  utnuk 1g. Kalau beli 2g bayaran = RM298. Bank-in ke akaun berikut atas nama "PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD" : 


**di sarankan supaya membeli emas dalam gandaan 1g dan bukan emas dalam nilai harga RM100 kerana di khuatiri tidak patuh syariah.
 
#3: Buat pengesahan bayaran kepada Public Gold
 
Emailkan receipt bayaran ke Public Gold via email bi bawah. Sekiranya anda ingin meletakkan saya [Mohd Azali Bin Abu Bakar - PG041775] sebagai intorducer, cc kan juga email pengesaan itu kepada saya di alamat azaliabubakar@yahoo.com supaya saya tahu yang anda meletakan saya sebagai introducer dan mudah bagi saya untuk membantu sekiranya ada perkara yang perlu di follow up dengan Ofis Public Gold nanti.



Setelah email dihantar, seperkara lagi yang harus di buat ialah menghantar SMS ke nombor GAP PG +017 486 6916 .  Ini adalah untuk mendapat respond dari pihak Public Gold. Format nya adalah seperti berikut:



Berikut adalah maklumat saya sebagai introducer :
nama : Mohd Azali Bin Abu Bakar , A/C code: PG041775 no tel : 0177626258

Setelah itu anda akan menerima pengesahan SMS berkaitan pembelian


#4: Simpan GAP statement baik-baik untuk rujukan masa depan.



--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Azali Abu Bakar
PG 041775
+0177626258
azaliabubakar@yahoo.com

FB: Azali A Bakar
#emassejakazali

Sonntag, April 12, 2015

Sentiasa merebut peluang menabung

Sana-sini melaporkan mengenai kemerosotan matawang, membuatkan saya teringat sewaktu zaman belajar di Germany bertahun-tahun dahulu.
-
Sewaktu itu pertukaran wang matawang adalah satu perkara yang diambil berat selain dari peperiksaan oleh kebanyakkannya penuntut diluar negara.
-
Setiap kali pulang bercuti pasti ingin menukar matawang dengan kadar tertinggi untuk mendapat lebih tunai RM. Sememangnya tidaklah memberi banyak perbezaan terhadap satu unit, tetapi untukk pertukaran yang besar amountnya boleh membawa kepada ratusan ringgit bezanya.
-
Kaedah konvensional yang selalu diguna pakai ialah melalui TT dan juga tukaran tunai di money changer. Namun, kerana jika jarang balik bercuti ke Malaysia, untuk menambah pelaburan dan simpanan, saya memilih TT.





Namun kadar tukaran ringgit yang tinggi saya dapat lakukan melalui perniagaan. Sesekali pulang ke Malaysia saya akan beli barangan untuk dijual kepada kawan2 dan sedara mara.
-
Dengan berbuat begitu secara kerap, dapatlah mengumpul dana simpanan bagi digunakan ketika pulang nanti. Sewaktu process memulakan kehidupan alam pekerjaan.
-
Menurut sifu, menjana kekayaan adalah, 30% pelaburan dan 70% perniagaan.
-
Gunakan peluang tukaran matawang asing.
-
Jadi bermulalah menyimpan wang seawal mungkin dengan mengambil peluang yang ada dan jangan tunggu "nanti dapat kerja... baru la bole menyimpan" dan jika mahu melabur, melabur untuk dapatkan ilmu adalah nombor 1 supaya tidak mudah tertipu.





Terutama kepada mereka yang masih muda.
-----------------------------------------------------------
Hidup sebelum mati
Muda sebelum tua
Sihat sebelum sakit
Lapang sebelum sibuk
Kaya sebelum miskin

Simpan Wang atau Emas?

Biasanya nasihat yang kita dengar ialah ‘simpan duit untuk kegunaan dan kesenangan masa depan‘. Memang benar, simpanlah wang. Tapi bagaimana untuk gunakan simpanan wang itu dengan cara yang akan memberi kesenangan di masa hadapan? Juga apa kaitannya wang simpanan dengan emas? 




Kaitannya ialah Emas dibeli dengan mengunakan SEBAHAGIAN dari wang simpanan. Katakanlah wang simpanan dalam ABC ( popular ni, setiap orang mesti ada) ada RMxxxx. Selalunya, duit akan disimpan secara tidak berusik dalam masa setahun dengan harapan untuk mendapat pulangan pada hujung tahun pada kadar yang banyak, berapa banyak? 10%, 20% ?. Secara purata pulangan pelaburan berisiko rendah ABC setahun hanya sekitar 7%-8%. Sebab apa sedikit? kerana bukan kita yang ‘kerja’ kan duit kita itu. Mana mungkin organisasi yang mengerjakan modal kita, akan beri pulangan yang banyak kepada 'rakan tidur', walaupon jika keuntungan setahun pada kadar 20%. Pembahagian akan hanya mengikut kadaran tertentu.

Tahukah yang anda juga boleh menyimpan wang dalam bentuk yang lebih berharga dengan membeli EMAS FIZIKAL bagi menggantikan wang kertas? Jika wang kertas disimpan dalam ABC atau akaun simpanan, ianya akan di’beku’kan dalam bentuk buku pelaburan, akan tetapi jika membeli emas fizikal, anda telah menjadikan wang kertas anda seketul emas. Yang mana lebih bernilai?  Kelebihan dengan menyimpan dalam bentuk emas fizikal ialah emas boleh diniagakan dengan apa juga matawang di mana-mana sahaja pada bila-bila masa mengikut harga pasaran. Jadi terdapat beberapa jenis keuntungan di sini,

1) Keuntungan berjual-beli emas ( trading mengikut harga pasaran)
2) Keuntungan kenaikan harga (jika disimpan secara static)
3) Gabungankedua-duanya.

Dengan adanya emas fizikal dalam simpanan anda, risiko kerugian adalah sangat minimal . selagi emas tidak dijualkan pada harga lebih rendah dari harga belian, masih belum rugi. Jika disimpan selama mana sekalipun, 100g emas tetap 100g emas kecuali emas itu adalah palsu atau emas itu hilang. Dan yang lebih penting lagi kita akan lebih cenderung mempelajari ilmu cara memanfaatkan jual beli emas yang boleh menguntungkan. Dengan kata lain, Physical Gold Trading. Paling tidak , kita akan belajar menguruskan kewangan dengan betul.


Namun, bukan semua duit perlu dijadikan emas. Hanya duit dalam simpanan jangka masa panjang sahaja yang sesuai untuk ditukarkan kepada emas. Kesimpulannya, nikmat duit ialah apabila ia di guna-gunakan dan nikmat Emas dapat dirasakan apabila disimpan-simpankan. Oleh itu, kenapa tidak untuk membeli Emas? Pasti terasa 2 kenikmatan di situ.